penjejak tegar

Saturday, May 28, 2011

kepenatanku sudah terbalas..


apakah tajuk entri itu??? macam tiada kaitan ok dengan apa menda yang aku nak tulis di sini..
sebenarnya memula takda hati pun nak berentri tapi tetiba datang pulak idea nak berkongsi perkara yang baik...tak taulah korang pernah tau ke tak..

sejak dua menjak ni aku macam tersuka dekat budak-budak yang kreatif berkongsi pendapat mereka melalui youtube..tak boring langsung malah ada kala nak pecah perut tengok gaya-gaya dorang..kalah cikgu syida ok!!! (siapa pernah tengok youtube cikgu syida??? kemudian bandingkan dengan youtube budak-budak ni..dorang ada kelas tersendiri!!)

mereka yang saya maksudkan adalah matluthfi90 dan iniAnwarHadi..


yang ni antara satu koleksi youtube matluthfi90..yang lain boleh cari sendiri kat youtube lah ye..


yang ini si iniAnwarHadi punya..


yang boring-boring tu boleh la layan "kebernasan pemikiran" dorang lepas ni...

p/s: kadang-kadang selesa menggunakan kata ganti nama 'aku' dan kadang-kadang 'saya'...lepas ni 'i' atau 'ana' kah???heheh


Thursday, May 26, 2011

dah menjadi trend...



salam...

saya terpanggil untuk menyedarkan seluruh umat dunia..
semalam semasa sedang menyiang sayur sambil menonton tv - show kegemaran saya iaitu OPRAH WINFREY SHOW..beliau ada mengupas isu mengenai bahayanya bila kita ber'sms' atau menjawab panggilan semasa memandu~~ isu ini sudah lama, tapi saya sekadar mahu mengingatkan kita kembali...

saya sama sekali tidak pernah melakukan perkara seperti itu sebab saya tidak memandu!!! :)) mungkin suatu hari nanti jika Allah memberi saya kekuatan untuk memandu, saya PASTI akan elak dari melakukan tindakan-tindakan tersebut..

kalau anda pernah mengikuti rancangan tersebut, pakar menyatakan bahawa sebanyak 90% tumpuan otak kita hanya fokus kepada SMS dan bukannya cara pemanduan kita..begitu juga bila kita menjawab panggilan semasa memandu, tumpuan kita akan hanya terarah pada pandangan hadapan, dan mengabaikan pandangan sisi..manusia sebenarnya mungkin ego atau berasa tindakan-tindakan tersebut "oh,tak apa...saya boleh buat dua benda dalam satu masa"..tapi sebenarnya TIDAK OK!!!

banyaklah sebenarnya isu yang dikupas, tapi yang paling penting ingin saya nyatakan di sini, kebanyakannya kemalangan yang berlaku di AS (berdasarkan statistik sana, di Malaysia saya tak tahu) golongan remaja menganggap tindakan-tindakan itu sebagai satu trend!!! kononlah, kalau remaja lain buat begitu, saya pun harus buat juga..baru cool!!!

sebenarnya, tindakan-tindakan itu boleh meragut nyawa manusia lain...kita mungkin boleh kehilangan emak, ayah,suami,isteri,bf,gf,kakak,abang jika pemandu-pemandu di dunia ini masih memandu sambil ber'sms' dan menjawab panggilan telefon walaupun anda menggunakan handsfree, fokus kepada cara pemanduan kita tetap kurang!!!

ingat!!! kemalangan yang berkaitan dengan tindakan-tindakan yang saya nyatakan boleh dielakkan 100%!!!

so, cuba lihat klip video di atas, dan renung-renungkan~~~ ingatlah orang tersayang~~~


Monday, May 23, 2011

hari ini banyak cerita~~


ya..hari ini banyak cerita~~
cerita gummmbiraaa pon ada...cerita sadis semestinya ada...dan cerita suam-suam pon ada jugak!!
mana satu yang perlu saya cerita dahulu???

mestilah yang gumbira kan :))

##rasa gembira sangat sebab kedua-dua my BFF dah hamil!!! (oh ya, agak kelakarkan saya tak menyebut pregnant tapi sebaliknya hamil!! ada cerita di sebaliknya..kalau sesiapa yang masih ingat kisah lama itu pasti tahu al-kisahnya...)..nampaknya, bertambahlah anak-anak saya nanti!! pasti meriah!!!

##entah kenapa, saya rasa saya patut lakukan sesuatu untuk diri sendiri...say rasa saya patut hargai dan sayangkan diri saya dahulu..saya dah tak larat menjaga hati orang..dan taknak cengeng lagi..kali ni, saya perlukan kekuatan dalaman yang luar biasa..harap-haraplah ianya bertahan~~

##perlukah saya beritahu, saya baru ganti puasa pada hari ini??? ianya agak peribadi bukan untuk bercerita di sini..huhu...saya rasa perlu kot beritahu, supaya bagi sesiapa yang masih malas ,sibuk atau terlupa nak ganti puasa (macam saya) silalah bertindak sekarang..kita ada lagi 2 bulan untuk lunaskan tanggungjawab kita ya!!! jom lah!

##sebenarnya, malam ini saya ada satu misi yang penting..sukar nak laksanakan tapi saya harus lakukan jugak. ianya demi sebuah kehidupan yang lebih tenang dan ianya demi mencari jawapan yang pasti. doakan misi saya berjalan lancar...Amin~~

##terakhir, eh..adakah lagi yang sudi membaca blog ini??? kalau ya, sila angkat tangan!!! hehe

wassalam~~



al-kisah~~


###kenapa ya rasa mahu menulis lagi di sini..pelik pon ada..
saya ingat saya dah tak perlukan khidmat awak lagi..
tapi awak masih lagi setia dengan saya..
terima kasihlah kerana sanggup menunggu lagi..
walaupun awak bukannya siapa-siapa..
tapi awak pon sebahagian dalam hidup saya jugak!
maknanya awak pun sama penting walau tak bernyawa..
mungkin awak juga yang selalu membenarkan saya meluah apa sahaja pada awak..
awak baik hati, saya boleh buat apa yang saya suka di sini..
owh blogku..saya harap saya takkan tinggalkan awak lagi~~




Sunday, May 22, 2011

masihkah??

masihkah saya boleh berblogging di sini??? saya ingat saya mahu tinggalkan ia mati..tapi saya masih rindu untuk berada di sini..masih bolehkah???

Monday, January 10, 2011

tempat mengadu

dearie my blog,

hope nobody will find out this *** entry..

yer,sini bukan tempat yang baik untuk meluah, apatah dikongsi dengan serata manusia di dunia..amat tak manis berkongsi emosi di sini..huhu

tp apakan daya, saya hanya manusia biasa yang bisa melalui liku-liku hidup yang getir juga..
adakala saya seperti seorang yang tabah menghadapinya..namun adakala rasa sudah penat untuk melaluinya..persoalan demi persoalan yang bermain di minda saya..sampai bilakah harus saya begini? sampai bila saya harus mengeluh?? huh!!

tak pernah saya bayangkan hidup serumit ini..tapi, kerumitan itu juga puncanya adalah dari saya sendiri.tak perlu nak salahkan takdir atau sesiapa..saya akur, saya lemah. saya akur saya mudah alpa. saya akur, saya selalu ulangi kesilapan yang hampir sama. saya akur, saya bukan makhluk ciptaan Allah yang baik lakunya. saya punya banyak dosa dan saya sentiasa menambah dosa-dosa saya. kenapa?

kalau diberi peluang, saya mahu pergi jauh dari semua orang yang saya kenali. kalau di beri peluang, saya mahu bangkit sekali lagi. mulakan ceritera hidup yang baru dan lebih segar berbanding hidup saya yang kini. yang makin suram dan malap. saya bencikan rasa yang sekian lama ada di lubuk hati saya. rasa sunyi, rasa tak diperduli, rasa sedih yang menebal, rasa seperti seorang looser. padahal saya tahu saya boleh jadi lebih baik dari semua perasaan yang telah lama bersarang dalam diri saya.

siapa yang boleh membantu saya?? sebelum saya tenat.

konflik diri yang tak sudah-sudah.

Wednesday, December 15, 2010

hati girang, barlagu riang


tuhan itu maha berkuasa...subhanallah

tuhan jadikan makhluknya dengan pelbagai rasa/ perasaan...

kala ini saya rasa mahu tersenyum walau suasana sekeliling tidaklah memaksa saya untuk melakukan sedemikian...

Allah, terima kasih kerna meminjamkan rasa bahagia ini...



bnyk cerita!!!


makin lama makin malas ke sini~

tapi makin lama, makin cerita..

cuma rasa malas nak berkongsi disini...

tertunggu-tunggu, bukanlah perkara yang enak dalam hidup ini..

sama ja kan macam ternanti-nanti..hehe

tapi tercari-cari...ketemu akhirnya!!! membuat hati begitu girang!!!! terubat rindu di hati ok!!!

apa ceritanya??? pikir-pikirkanlah sendiri!!!




Sunday, October 24, 2010

my new blog dah ado...

wah,.baru je kate x nak update blog kat sini kan..tp tetiba cam terajin mau update...dgn kecanggihan teknologi n kesenangan yang ado kat blogspot ni, tros aku leh bukak blog bisnes baru aku...tanpa modal (kalo ade pon kene bayar skit kat TNB n TM..hehe)..tapi tak lah besau modalnyer macam ko nak bukak kat umah kedai...

dah siap aku publish k..namo pun dah ado..tetiba je tadi kua ide nak letak namo harts to heart...sedap x???kalo x sedap pon aku tetap suka..hehe..or any suggestion??? akan dipertimbangkan...n aku bagi le upah skit..n mestilah sebijik kek..hehe

harts is came from my name..hartini..tp jadi harts sebagai penyedap sebutan.

to heart pulak maksudnye produk yang aku buat tu kualitinya adalah sebaik-baik dari hati aku untuk pelanggan-pelanggan aku...maka terhasillah harts to heart..

nanti aku update lagi...mo tido...so mau pulun2..

Saturday, October 23, 2010

lama beno...

bak cakap orang perak...lame beno keme x nyinggah kat blog keme ni...dah lupa-lupa lalat dah yang keme ade blog..hehe..ni suma sebab fb yg menyenangkan keje keme utk update pasal diri keme..

maybe lepas ni lagi lama kot aku update blog sebab aku cadang nak bukak blog yang lagi baru...tapi tu blog untuk bisnes..takmo la campur aduk cite bisnes dan hal peribadi kan...apa-apa pon blog ni sentiasa on walaupun aku jarang update..senang kot nak war-warkan pasal blog baru nanti..kecian blog ni kan..huhu..

doakan keme sukses ya!!!

Thursday, August 5, 2010

pelik tp BENAR.

baru je tadi aku rasa macam ruang hati ni gelisah tak tentu pasal. bila gelisah , rasa macam nak sebak pun ada..perasaan macam bercampur baur.tapi aku patut berterima kasih pada blog aku yang sudah beberapa lama aku tinggalkan, kerna mengembalikan mood tidak baik itu kepada perasaan senang. alhamdulillah, hati dah tenang. tenang disebabkan buat perkara mudah. hanya menukar background blog aku yang dah bersawang ni je. hebat betul kuasa Allah. dari gundah kepada tenang. kalau perasaan tadi masih gundah, pasti aku dah melalut cerita ntah pape kat sini..hehe

bersawang-bersawang blog aku ni ada gak yang rajin singgah. aku tak pastilah sapa, tapi adalah..mungkin tersesat kot. yelah, tulisan aku bukannya karya agung nak dibaca. tapi memang tujuan aku berblog lebih kepada suka meluah kata hati. bukan tujuan untuk sapa-sapa..bagi yang terlanjur baca, trimas ya!!!

pejam celik pejam celik...ramadhan bakal singgah sekali lagi..thanks Allah, aku masih boleh merasa suasana ramadhan. tak sabar rasanya nak mulakan berpuasa. dan merasa suasana ramadhan. bagi aku ramadhan yang paling best semasa aku study di sekolah asrama dan di uia. ramadhan bersama kawan-kawan memang meriah. itu cerita dulu, tinggal kenangan. sekarang suasananya masih ada cuma tak seperti dulu. rindu~~

dah pukul 1, tulisan aku makin hilang arah. tapi aku suka. tulisan yang bebas begini. tak perlu fokus. ianya betul-betul keluar dari hati. seperti hati aku yang berkata-kata. boleh buat aku tersenyum. (^_^)

Tuesday, July 6, 2010

masih...

rupanya masih ada yang sudi membaca tak pun terklik kat blog saya kan...saya semacam lupa blog ni pernah menjadi tempat saya selalu bertandang untuk meluah..ni semua kerja FB, di mana lagi mudah untuk saya mencatat segala aktiviti harian...

wish satu hari nanti saya kembali bergiat di sini...masih, seru tu belum lagi sampai...

wassalam

Monday, May 31, 2010

2 days was my beautiful days..

just went back from i***...kadang-kadang bila sesekali dapat berjumpa dengan seseorang yang dirindu, masa itu perlu sangat-sangat dihargai..saya bertemu dia setelah 2 bulan tidak berjumpa. perasaan sangat la gembira. dia cakap pipi saya tidak lagi setembam dulu. padahal saya tidak pon berdiet. makan lagi adalah..hehe..

paling penting seharian tu kami dapat bersama. berbual perkara-perkara yang tak dapat dibincangkan melalui talian, sms.

lepas ni, ntah bila kita mau berjumpa lagi?? saya sudah mula rindu dia..huhu

Sunday, May 23, 2010

benarkah???

mungkin aku dah jarang berblog disebabkan aku dah ada akaun FB. tapi lately aku pun dah malas nak jenguk selalu kat FB melainkan kalau ada benda-benda yang menarik saja. paling tertarik kalau ada kuiz-kuiz yang berkaitan dengan keperibadian. mesti cuba!!! dan ini salah satu hasil analisa tentang keperibadian aku memalui gambaran rumah aku..ada yang betul dan ada yang kurang tepat..

Dear Nor Hartini, Anda telah menggambar sebuah rumah. Berikut adalah analisanya:
웃 : Anda sensitif dan ragu-ragu sepertinya. -adakala betul
웃 : Anda adalah penyuka kebebasan dan orang yang kuat. ya, sy suka kebebasan!!!
웃 : Anda mencintai rumah Anda dan keluarga. - semestinya!!
웃 : Anda adalah seniman yang sangat berbakat. cuma aku tak suka dunia glemss!
웃 : Anda orang yang sangat rapi. -yup,btol.
웃 : Hidup Anda selalu penuh perubahan. -sngt betol! pendirian tak tetap!
웃 : Anda akan menghindari sendirian, -tak jugak.
웃 : dan mencari pendamping jika memungkinkan. -kadang2 perlu!
웃 : Anda suka kegembiraan dan menciptakannya kemanapun Anda pergi. - yup!
웃 : Anda adalah orang biasa dan low profile. -btul2!!
웃 : Anda juga akan bertemu keberhasilan dalam hal-hal penting, - ntah la..
웃 : tanpa banyak kesulitan. - penuh kesulitan la life aku!
웃 : Anda melihat dunia apa adanya. -yer...
웃 : Pada dasarnya Anda bukan orang yang romantis. - pls, aku romantis jgk..ahaha
웃 : Kami juga melihat bahwa Anda sensual, suka seksual, dan bergairah. -camna ko tahu?!!pelik..
웃 : Anda tidak berpikir banyak tentang diri Anda. - bnyk da..bnyk fikir utk future da..

Publish to wall

...

-aku selalu mengingatkan diri ini, perlu bersabar, perlu bersabar..kerna dengan kesabaran itu pasti wujud sesuatu yang aku tunggu selama ini.

-sejak sebulan dua ni, terasa hidup agak tenang, hidup kurang ditemani air mata~~

-syukur, ........ ini masih bertahan. moga ia milikku selamanya.

-4 hari lagi...yeah, ipoh wait 4 me..

-doa dan harapan juga perlu, disamping kesabaran itu.