penjejak tegar

Thursday, August 5, 2010

pelik tp BENAR.

baru je tadi aku rasa macam ruang hati ni gelisah tak tentu pasal. bila gelisah , rasa macam nak sebak pun ada..perasaan macam bercampur baur.tapi aku patut berterima kasih pada blog aku yang sudah beberapa lama aku tinggalkan, kerna mengembalikan mood tidak baik itu kepada perasaan senang. alhamdulillah, hati dah tenang. tenang disebabkan buat perkara mudah. hanya menukar background blog aku yang dah bersawang ni je. hebat betul kuasa Allah. dari gundah kepada tenang. kalau perasaan tadi masih gundah, pasti aku dah melalut cerita ntah pape kat sini..hehe

bersawang-bersawang blog aku ni ada gak yang rajin singgah. aku tak pastilah sapa, tapi adalah..mungkin tersesat kot. yelah, tulisan aku bukannya karya agung nak dibaca. tapi memang tujuan aku berblog lebih kepada suka meluah kata hati. bukan tujuan untuk sapa-sapa..bagi yang terlanjur baca, trimas ya!!!

pejam celik pejam celik...ramadhan bakal singgah sekali lagi..thanks Allah, aku masih boleh merasa suasana ramadhan. tak sabar rasanya nak mulakan berpuasa. dan merasa suasana ramadhan. bagi aku ramadhan yang paling best semasa aku study di sekolah asrama dan di uia. ramadhan bersama kawan-kawan memang meriah. itu cerita dulu, tinggal kenangan. sekarang suasananya masih ada cuma tak seperti dulu. rindu~~

dah pukul 1, tulisan aku makin hilang arah. tapi aku suka. tulisan yang bebas begini. tak perlu fokus. ianya betul-betul keluar dari hati. seperti hati aku yang berkata-kata. boleh buat aku tersenyum. (^_^)