penjejak tegar

Saturday, May 28, 2011

kepenatanku sudah terbalas..


apakah tajuk entri itu??? macam tiada kaitan ok dengan apa menda yang aku nak tulis di sini..
sebenarnya memula takda hati pun nak berentri tapi tetiba datang pulak idea nak berkongsi perkara yang baik...tak taulah korang pernah tau ke tak..

sejak dua menjak ni aku macam tersuka dekat budak-budak yang kreatif berkongsi pendapat mereka melalui youtube..tak boring langsung malah ada kala nak pecah perut tengok gaya-gaya dorang..kalah cikgu syida ok!!! (siapa pernah tengok youtube cikgu syida??? kemudian bandingkan dengan youtube budak-budak ni..dorang ada kelas tersendiri!!)

mereka yang saya maksudkan adalah matluthfi90 dan iniAnwarHadi..


yang ni antara satu koleksi youtube matluthfi90..yang lain boleh cari sendiri kat youtube lah ye..


yang ini si iniAnwarHadi punya..


yang boring-boring tu boleh la layan "kebernasan pemikiran" dorang lepas ni...

p/s: kadang-kadang selesa menggunakan kata ganti nama 'aku' dan kadang-kadang 'saya'...lepas ni 'i' atau 'ana' kah???heheh


Thursday, May 26, 2011

dah menjadi trend...



salam...

saya terpanggil untuk menyedarkan seluruh umat dunia..
semalam semasa sedang menyiang sayur sambil menonton tv - show kegemaran saya iaitu OPRAH WINFREY SHOW..beliau ada mengupas isu mengenai bahayanya bila kita ber'sms' atau menjawab panggilan semasa memandu~~ isu ini sudah lama, tapi saya sekadar mahu mengingatkan kita kembali...

saya sama sekali tidak pernah melakukan perkara seperti itu sebab saya tidak memandu!!! :)) mungkin suatu hari nanti jika Allah memberi saya kekuatan untuk memandu, saya PASTI akan elak dari melakukan tindakan-tindakan tersebut..

kalau anda pernah mengikuti rancangan tersebut, pakar menyatakan bahawa sebanyak 90% tumpuan otak kita hanya fokus kepada SMS dan bukannya cara pemanduan kita..begitu juga bila kita menjawab panggilan semasa memandu, tumpuan kita akan hanya terarah pada pandangan hadapan, dan mengabaikan pandangan sisi..manusia sebenarnya mungkin ego atau berasa tindakan-tindakan tersebut "oh,tak apa...saya boleh buat dua benda dalam satu masa"..tapi sebenarnya TIDAK OK!!!

banyaklah sebenarnya isu yang dikupas, tapi yang paling penting ingin saya nyatakan di sini, kebanyakannya kemalangan yang berlaku di AS (berdasarkan statistik sana, di Malaysia saya tak tahu) golongan remaja menganggap tindakan-tindakan itu sebagai satu trend!!! kononlah, kalau remaja lain buat begitu, saya pun harus buat juga..baru cool!!!

sebenarnya, tindakan-tindakan itu boleh meragut nyawa manusia lain...kita mungkin boleh kehilangan emak, ayah,suami,isteri,bf,gf,kakak,abang jika pemandu-pemandu di dunia ini masih memandu sambil ber'sms' dan menjawab panggilan telefon walaupun anda menggunakan handsfree, fokus kepada cara pemanduan kita tetap kurang!!!

ingat!!! kemalangan yang berkaitan dengan tindakan-tindakan yang saya nyatakan boleh dielakkan 100%!!!

so, cuba lihat klip video di atas, dan renung-renungkan~~~ ingatlah orang tersayang~~~


Monday, May 23, 2011

hari ini banyak cerita~~


ya..hari ini banyak cerita~~
cerita gummmbiraaa pon ada...cerita sadis semestinya ada...dan cerita suam-suam pon ada jugak!!
mana satu yang perlu saya cerita dahulu???

mestilah yang gumbira kan :))

##rasa gembira sangat sebab kedua-dua my BFF dah hamil!!! (oh ya, agak kelakarkan saya tak menyebut pregnant tapi sebaliknya hamil!! ada cerita di sebaliknya..kalau sesiapa yang masih ingat kisah lama itu pasti tahu al-kisahnya...)..nampaknya, bertambahlah anak-anak saya nanti!! pasti meriah!!!

##entah kenapa, saya rasa saya patut lakukan sesuatu untuk diri sendiri...say rasa saya patut hargai dan sayangkan diri saya dahulu..saya dah tak larat menjaga hati orang..dan taknak cengeng lagi..kali ni, saya perlukan kekuatan dalaman yang luar biasa..harap-haraplah ianya bertahan~~

##perlukah saya beritahu, saya baru ganti puasa pada hari ini??? ianya agak peribadi bukan untuk bercerita di sini..huhu...saya rasa perlu kot beritahu, supaya bagi sesiapa yang masih malas ,sibuk atau terlupa nak ganti puasa (macam saya) silalah bertindak sekarang..kita ada lagi 2 bulan untuk lunaskan tanggungjawab kita ya!!! jom lah!

##sebenarnya, malam ini saya ada satu misi yang penting..sukar nak laksanakan tapi saya harus lakukan jugak. ianya demi sebuah kehidupan yang lebih tenang dan ianya demi mencari jawapan yang pasti. doakan misi saya berjalan lancar...Amin~~

##terakhir, eh..adakah lagi yang sudi membaca blog ini??? kalau ya, sila angkat tangan!!! hehe

wassalam~~



al-kisah~~


###kenapa ya rasa mahu menulis lagi di sini..pelik pon ada..
saya ingat saya dah tak perlukan khidmat awak lagi..
tapi awak masih lagi setia dengan saya..
terima kasihlah kerana sanggup menunggu lagi..
walaupun awak bukannya siapa-siapa..
tapi awak pon sebahagian dalam hidup saya jugak!
maknanya awak pun sama penting walau tak bernyawa..
mungkin awak juga yang selalu membenarkan saya meluah apa sahaja pada awak..
awak baik hati, saya boleh buat apa yang saya suka di sini..
owh blogku..saya harap saya takkan tinggalkan awak lagi~~




Sunday, May 22, 2011

masihkah??

masihkah saya boleh berblogging di sini??? saya ingat saya mahu tinggalkan ia mati..tapi saya masih rindu untuk berada di sini..masih bolehkah???