penjejak tegar

Tuesday, June 23, 2009

kata-kata



**it takes both rain and sunshine to make a rainbow

**failure is success if we learn from it

**effort + doa = success


#renung-renungkan..

Tuesday, June 16, 2009

antik dan susah mau jumpa


aku, di pekan cina..kekal antik, suka basikal tua berbumbung itu..

saya bercuti last week..

ke bandaraya bersejarah, melaka

setelah 15 tahun tidak jejakkan kaki ke sini

namun cukup buat saya terkasima

melaka sudah moden tapi masih lagi mengekalkan keaslian sejarahnya

dan moga jika aku punya rezeki untuk menjejakkan kaki ke sini lagi,

kuharap ianya masih kekal bersejarah..

air biru

sejukkan kaki, sejukkan hati~


di suatu tempat yang bersejarah


menjeling siapa??

bila malam tlah datang..

aku dah lama tak rasa yang malam adalah waktu yang boleh buat aku tenang dan mendamaikan..
semakin larut malam..semakin gundah perasaan ini..
tak suka ok bila jiwa jadi kacau bilau..
sampai bila harus punya rasa ini?
dan aku perlu berbuat sesuatu semoga rasa tenang dan damai itu kembali..
damai di malam hari~


Friday, June 12, 2009

bertemu kembali

wah..hepi gilos..
aku baru lepas habis berYM dengan seseorang..
sebelum ni hanya tahu khabar dari jauh je..
tu pun dari fs..
ntah camna aku boleh berYM lama dengan kawan time skolah dolu
nama dia syahril
i called him mat arip
kitorang dulu pernah kene gosip kat skolah
maybe sebab kitorang satu kelas kot
and maybe sebab aku hari-hari ngadap muka dia
yela dolu meja kitorang disusun 4 menghadap antara satu sama lain
dolu siap dorang cantum-cantum bagai nama aku n dia
jadi martini..
sampai ada cekgu yang tau kami digosip
wah, tensen btol waktu tu..sebab hubungan persahabatan tu macam dah renggang sebab digosipkan..
owh ..tadi bila kami imbas-imbas balik kenangan lama
bertanya khabar
terasa seakan banyak cerita yang aku terlepas pasal dia
hari dah jauh malam..
aku pun dah ngantuk..
so kitorang tukar-tukar no b4 tido
owh rindu hubungan persahabatan dulu
mungkin selepas ni kami akan kembali bersahabat seperti dulu
seperti 9 tahun dahulu..

so hepi dapat jumpa kamu kembali~

Thursday, June 11, 2009

kenangan bersama student INSEP 2008


saja muatkan kenangan disini..
before aku kerja..aku pernah join INSEP pada february 2008
best..sebab jumpa kawan-kawan baru dan sekepala
so lepas INSEP baru la aku keje..
rindu ohh dgn korang~

sy cuti-cuti lg

aku akan ke melaka weekend ni..esok petang aku akan bertolak ke sana. sebenarnya tak rancang pun nak bercuti. kebetulan pakcik aku yang nak support semua, dari hotel, makan, dan poya-poya..sapa yang nak tolak kan?? cuma bawak diri je..hehe

oh, mungkin kulit aku bertambah itam la jawabnya..last week dah la berendam kat lost world tambun..dan kali ni aku akan berendam lagi kat Afamosa water world..oh tak sabar..aku dah la memang suka main air..so jangan di tolak..kalo dalam bilik air pun aku mandi nak dekat sejam, tambah la kalau dapat pegi water theme park..mau la aku berendam sampai kecut.
tetiba ngantuks...aku berundur dulu..

mengintai langit



oh..tgh suka gilos lagu ni..
padahal ni lagu lama
tp aku kan memang cegini..
bila dah orang muak dengar, aku baru trasa nak suka-suka~

Wednesday, June 10, 2009

143


143 = i love you. i miss you. i need you..

tidur akan lebih nyenyak..ZzZZz


lain gambar yang aku search tapi lain yang dapat!!
tp tak terfikir pun aku ada jugak otak kreatif yang nak buat bantal cegini..
tapi rasanya kat mesia ni takda jual kot..
kalo ada kompem aku beli..haha

mok...cepatla pulang..

si gomok..cepat la balik rumah
along rindu kamu
kalau kamu ada, sekurang-kurangnya rasa resah ini akan segera pergi..
oh,..rindu~


cerita balik ipoh

dah semangat upload gambar..tetiba malas nak update. boleh x??
aku update secara ringkas lah yer..

best jugak balik kali ni..bukan sekadar balik tanpa tujuan..
balik sebab ado kenduri kawin..kira sedara jugaklah, cumanya aku tak rapat sangat..
highway memang jam jugak hari sabtu lepas..cuti sekolah la katakan
time aku pegi kenduri kawin tu, tak ramai orang..
maybe ramai sangat yang kawin time cuti sekolah..
majlis yang sepatutnya nampak meriah tu terus jadi tak meriah..
yerla, time nak cari rumah pengantin pun dah jadi konfius..
sebab banyak beno signboard kenduri kawin...huhu
bagi aku kalo mau nampak kenduri tu meriah, baik kita wat time tak cuti sekolah..yeke??

pastu ahadnyer gi mandi manda kat lost world tambun..
wah, 1st time aku pegi..
padahal dulu dok ipoh tak teringin pon mau pegi..
skali skala mandi manda n lepak-lepak ngan sadara mara cam best plak..
aku mandi tak hingat dunia..
sampai sekarang kulit hitam legam..
dah la aku ni memang hitam..huhu

pastu lepas asar trus gi rumah paksu, ada majlis skit..
sempena pindah ke rumah baru..
best ohh makan-makan sambil borak-borak

plan mau balik kl ahad
tapi takut jalan jam
so balik isnin
lagi pun mau tgk umah kitorang yang renovate dah sebulan lebih
tak siap-siap
penyewa dah ado..
tengah tunggu rumah je..
ingatkan mau le balik ipoh ni cuci rumah
rupanya still tak bole nak bagi orang sewa
oh..cina wat rumah ni cakap tak serupa bikin
duit laju je mintak
tp nak siap punyelah lambat..haaiihh

balik kali ni tak sempat nak dating..
mak aku pun hairan, kalo tak setiap kali balik tak sah kalo tak date
masing-masing ade hal
takpe sayang, kite date lain kali je lah ek..
time raya nanti la jawabnyer mau jumpa die..
oh..lama tu..huhu
isnin tu jalan ke kl dah ok..taklah jam
tapi sempat jugak singgah bidor - beli petai
ingatkan boleh la dapat murah
sekali dorang pun dah bijak pandai - tak macam dulu
tapi dah alang-alang singgah belilah jugak
satu ikat besar = rm50
1 mata petai tu =20 sen
so kalo customer aku komplain petai mahal..
mau aku sekeh pale dorang.,
hehe ado brani??
tp yer la..memang petai mahal la

oh sekian..ni la hasilnya update yang tgh dilanda malas..

puas menunggu..akhirnya ketemu jua


rasanya dah lama gilos aku tak jumpa baked beans cheese ni..
tetiba je hari ni gi beli barang aku jumpa balik !!!
wah, hepi sangat dapat makan balik my feberet baked beans yg ade cheese..
balik ke rumah, tros masuk bilik..
haha melampau gile makan dalam bilik..
bukan ape, konon nak layan kenikmatan makan makanan feberet aku ni..
sambil dengar lagu COCO- mengintai langit..
perghhh..makan penuh syahdu~
thanks AYAM BRAND sebab keluarkan balik product ni stelah sekian lama menyepi
dan buat hidup ni sedikit hepi :)



Saturday, June 6, 2009

SEMANGAT

aku tengah SEMANGAT nih!!! tetiba datang semangat yang membara-bara..betul tu, kata seorang sahabat..Kalau kita mahukan sesuatu itu, kita perlu berjuang untuk dapatkannya..syukur punya sahabat macam ko..

GEMURUH JIWA SEMANGAT MEMBARA!!!

Friday, June 5, 2009

saya sedang suka ini-ini lagu



Melly Goeslaw - Bimbang

Pertama kali aku tergugah
Dalam setiap kata yang kau ucap
Bila malam tlah datang
Terkadang ingin ku tulis semua perasaan

Kata orang rindu itu indah
Namun bagiku ini menyiksa
Sejenak ku fikirkan untuk ku benci saja dirimu
Namun sulit ku membenci

Pejamkan mata bila kuingin bernafas lega
Dalam anganku aku berada disatu
persimpangan jalan yang sulit kupilih

Ku peluk semua indah hidupku
Hikmah yang ku rasa sangat tulus
Ada dan tiada cinta bagiku tak mengapa
Namun ada yang hilang separuh
Diriku

powered by lirik lagu indonesia

realiti hidup

**dah lama ya tak menjenguk ke sini..apatah lagi ke 'rumah-rumah' kalian..sebenarnya sepanjang kehilangan aku ini, aku telah berdepan dengan beberapa realiti hidup yang perlu aku terima..

tak semestinya apa yang kita rasa dan kita fikir itu, sama seperti orang lain rasa dan fikir. jika anda rasa apa yang telah anda miliki itu adalah baik; terbaik dalam hidup anda. janganlah begitu selesa dan bahagia kerna mungkin disebelah pihak sana merasakan ianya tidaklah baik untuk hidup mereka.

kenapa ya banyak doaku tidak dimakbulkan tuhan?

**aku mahu pulang ke kampung halaman..ipoh..ada kenduri kawin dan mahu cuci-cuci rumah untuk disewakan pada orang..kalian, selamat bercuti dan berbahagia!!!