penjejak tegar

Wednesday, April 29, 2009

macam - macam hal lah dunia ni

situasi di sana..

korang sure tau jugak kan pasal wabak selesema BABI yang tengah menular secara aktif kat Mexico kan..ngeri tu..sebab wabak tu senang dijangkiti oleh manusia..yer..kita adalah manusia..so kene risau pasal wabak ni..sebab walaupun kita telah disahkan oleh kementerian Malaysia yang negara ini masih lagi bebas dari wabak tersebut, tetapi kita kena jugak berjaga-jaga.

coba bayangkan..walaupun tahap pengawasan ke setiap pintu masuk utama negara ini dikawal ketat..mane lah nak tau kan, tetiba adalah orang mexico yang nak larikan diri dari wabak tu lariksss jauh-jauh..dan negara itu ialah Malaysia.. pastu pelancong Mexico tu pulak tak tau dia terbawa virus tu..sebab tanda-tanda belum ado. so terlepas la dia dari ditahan pihak pemeriksaan sini..pastu 2,3 hari kat Malaysia..baru wabak tu attack badan mat Mexico ni..haaaaaa..tak ke naya kita!!

cess...itu aku bayangkan je..harap-harap takde la kes cegitu..amin

hasil dari apa yang aku baca kat akhbar..mengatakan yang wabak ni berpunca daripada virus yang tidak pernah dilihat para penyelidik sebelum ini kerana ia mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia.
apa maknanya???
bagi pendapat aku, virus sekarang pun maju seiring kemajuan manusia. kalau dulu mungkin boleh dikatakan virus tu hanya datang dari satu penyebab..tapi ni sekali 3 penyebab..

dan kita tak tahu virus akan datang adalah kombinasi yang keberapa jenis penyebab pulak kan??

so..atas tujuan berjaga-jaga..

kalau rasa demam, batuk, sakit -sakit atau sengal-sengal badan/sendi tu cepat-cepat la ok kita serbu klinik..

-moga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera..amin-

berdebar - debar

"berdebar jantungku..rinduku datang lagi..aaah..aaahh.." - teringatla dangdut amelina..syiiioookk wo!!!

dah lama aku tak rasa berdebar-debar cegini..dup dap dup dap..aku rasa time nak kua result exam dulu ade la perasaan berdebar-debar cam ni..(yela blaja tak pandai, memang berdebar nak tunggu result)

sebenarnya dah dua kali tau tunggu result interview KPLI tapi asyik tunda je..geram pun ada..saja je nak bagi aku hidup dalam kegelisahan (perghh..ayat sastera gila :p).. memula kata result kua last week..pastu tunda ke hari ni..my sayang yang excited nak tolong check..sebab aku kat gerai..mana ada pc...so dia yang check..pastu bila dah check..call aku dengan nada sedih..perghh..aku memang ingat aku takkan dapat la...dah nak bergenang ayer mata ni..tapi naseb baik die tak sampai hati nak tipu aku..(sayang jugak die kat org kan..hehe) so result interview tu masih DITUNDA ke esok harinya..

so pastikan sesapa yang nak check result temuduga untuk KPLI - boleh check esok 30th april pada pukul 12pm ok!!!


Sunday, April 26, 2009

perihal manusia

**kadang-kadang..hanya kita yang berusaha untuk memahami dan menjaga hati orang lain. tapi adakah ianya berbaloi?? dan adakah mereka juga menjaga dan memahami hati kita ??

**mengejar impian itu memang memenatkan, kadangkala mengundang putus asa..hakikatnya yang penat itulah yang bakal memberikan pulangan yang berharga..ikhlaskan segalanya. semoga berjaya dunia dan akhirat.

**manusia tak pernah merasa puas dengan apa yang mereka miliki. dan mereka selalu tidak menyedari apa yang mereka ada jauh lebih baik daripada apa yang dimiliki manusia lain. hargailah ia, dia.

mahu diri ini terus dikenang~

tak siapa tidak mahu diri ini tidak dikenangkan?? mungkin kita tidak mahu glemer lebih-lebih macam artis, model, dan sesiapa yang glamour kat luar sana..tapi sedikit sebanyak mahu jugak diri ini dikenang dan dihargai..

kalau boleh..aku mahu di matanya hanya ada aku setiap masa..

teringin jugak muka ini bersepah diserata dinding bangunan diluar sana.. :p

tak pun terpampang kat newspaper disebabkan kebagusan diri..

wah..tak teragak-agak aku nak letak muka kat sini jugak..

ada sesapa yang mau potretkan wajah ini dan bagi kat aku percuma?? hahak

kompem pasni VOGUE pengsan tengok muka budak ni..perasan nak mampos..ada hati mau jadik cover girl ye~ aku peduli hapa..lalala

wa..adakah aku ni muke cam monalisa yang semua orang cam terpegun nak tengok nih??
atau dorang pon hairan camna la muka aku ada kat gallery cegini..iskh..iskh..ishk..


best ke jadi orang yang dikenali ni??? mungkin ya..dan mungkin tak..
aku?? cukup-cukup la berangan..

back to the reality ok!!!~haha

thanks to one of da blogger yang sroh surf kat web ni http://www.photofunia.com/..
dan lihatlah muka korang plak glem macam aku..hehe



Saturday, April 25, 2009

hobi terkini

aku tengah ada hobi baru ni..tengah semangat nak habiskan peraduan mainkata..kebetulan tadi bebudak ni pegi book fair kat PWTC..tu boleh dapat tau pasal peraduan ni..bukan aku taknak pegi..aku semalam excited je nak pegi..tapi aku nih kalau tetiba datang mood sengal memang kemana-mana korang ajak pon aku malas nak ikut..lebih baik lepak rumah dan buat taik mata..tapi bukan sesaja nak buat pun..sebab ada ganjaran la yang lagi buat aku semangat..hehe..

ada 2 kategori..kategori A dan B..yang kategori A, adik aku awe tengah selesaikan..mentang-mentang la awer (aku tulis awe je name dia kat sini..tetiba dia tegur sroh aku tambah R kat mana dia..cess dasar nak glem adik aku ni)..tercabar aku nih..awer dah nak siap..tapi aku baru dapat setel half je..lagipun manaci..aku buat kategori B - untuk dewasa.. so perkataan-perkataan tu complicated la dari kategori A kan..


harap-harap kitorang menang la dalam peraduan ni..hehe walaupun 1.5k tu macam tak banyak bagi korang..tapi bagi aku huih boleh beli macam-macam daa..

pantang untuk si lelaki~

aku copy paste je ok...tadi terbaca dalam satu blog ni..nak cari yang lain keluar yang lain..tapi macam best je nak kongsi kat sini..

10 pantang lelaki

Perhatian kepada semua kaum lelaki yang teringin nak bercinta, baru jatuh cinta, sedang dilamun cinta atau yang sudah berumahtangga, ni dia tips untuk ayat-ayat beracun yang pantang disebut di depan awek, teman wanita atau isteri. Jika salah satu ayat ini disebut, paling kecil boleh menyebabkan pertengkaran, paling hebat boleh menyebabkan penceraian. Elakkan dari mengguna ayat-ayat beracun ini untuk kebahagiaan perhubungan anda semua.

1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa I suruh.”
What do you mean kalau dia betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah tapi tidaklah dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan ‘senjata’ sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah adalah cukup menyedihkan.

2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”
Perhubungan teman wanita anda dengan girlfriends dia adalah sacred atau ‘suci’. Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang mungkin lebih hot daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah tiket untuk bertengkar secara hebat.

3. “I punya ex-girlfriend dulu….”
Ayat ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita anda. Kalau anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan dituduh tidak setia dan anda masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about her adalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan dengar ayat-ayat seperti “you dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you”, dan lain-lain lagi yang hanya akan memanaskan telinga anda.

4. “Cuba tengok perempuan tu…”
Janganlah berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita anda.

5. “I tak cukup bagus untuk you.”
Bagi orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda yang tidak suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik lain yang lebih menyenangkan ye.

6. “I takde mood lah.”
Sekali lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, it’s about her. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini dan adalah lebih baik anda berdiam diri.

7. “Perangai you macam mak you lah.”
Sakit ke bang? Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka.

8. “Takyahlah nak emo…”
Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!

9. “I tak sukalah baju tu…”
Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka.

10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”
Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, don’t say it to her face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran!

banyak lagi tips yang bagus kat blog ni...so just click here 4 more info

http://budriez04.wordpress.com/

Wednesday, April 22, 2009

hari bahagia itu bukan untuk aku~

alamak...sesape yang terbaca last entri aku sure ingat aku bizi sebab aku nak kawen kan?? memang aku nak kawen...kalo boleh nak je cakap kat sayang... "sayang, jom kite kawen sekarang jugak.." hehe..tapi bak kata seseorang..mungkin belum sampai seru..so jangan risau..aku akan kawen..tapi lambat lagi yer..lagi pun, hooda, izyan, apat..gilo ke hapa aku kawen tak ajak korang..............

sebenarnya yang aku dok nyebok-nyebok ni hanyalah untuk perkahwinan orang lain..yang gift tu kebetulan ada orang tempah kat mama...pengantin dari taiping..so bertungkus lumus la dok membuat tempahan tu..tu sebab aku balik perak last week..so tengok jelah gamba yang aku tempek kat bawah ni ye :



kek potong, kotak untuk isi kek potong, reben

owhyer..orang ni suruh mama buat kek potong untuk gift..asal murah dan nampak cantek..so nak bagi nampak mahal..pilih la kotak warna GOLD ya..otomatik nampak mahal..dan hias skit dengan reben yang berpadanan..supaya nampak menarik..


ni antara gift yang dah hiap dihias..


tara..ni la gift yang ditempah..siap sudah..

okeh..dah lepas satu crita..ni hal bab nak carik design kek kawen tu untuk si natrah sebenarnya.. dia kezen yang sebaya dan of coz paling rapat dengan aku..so takde ape nak bagi for her special day nanti..so dia mintak tolong kalau boleh aku yang buatkan her wedding kek..ko gila ke hapa nattt..mak aku terer la menda2 camni..walau aku pon minat gak bab menconteng-conteng kek ni..tapi aku tak nak la merosakkan wedding cake orang ok!!! tapi atas permintaan natrah, aku cuba la cari design yang aku boleh buat..dan praktis dari mama untuk hiasan yang lebih baik..kalo tak, jawabnye mama la yang tolong buatkan yer!!! hehe

dan


puteh itu suci..

aku jugak yang bertanggungjawab edar sebahagian kad kawen natrah untuk family kat kl ni..her wedding card so simple tapi aku suka...

in conclusion...aku masih bujang yer kawan-kawan :p

Monday, April 20, 2009

sabarlah sayang~



Di masa kau tiada depan mataku..ku pilu,
Teringat di saat kau di sampingku.

Wajahmu bersinar menyinari hati ku yang duka,
Senyummu yang indah,
menenangkan jiwaku ini...tapi.

Sabarlah sayang,
Sabarlah ditakdirkan kita bersama,
Dan tiba masa tuk kita bersama.

Cahaya matamu memukau jiwa ini,
Degupan jantungmu di dakapanku.

Namun itu semua ingatan yang ada padaku,
Daku pun mengerti semua ini sukar bagimu.

CHORUS
Sabarlah sayang,
Sabarlah ditakdirkan kita bersama,
Dan tiba masa tuk kita bersama.

Usahlah bimbang,
Jangan kau fikirkan selalu,
Kerna masa kan berlalu,
Sebentar sahaja.

Sabarlah sayangku,
Tempat mu di sisiku,
Dan tiba masa

HOHO...im back..tp aku x nyompat lagi nak update cite2 terbaru...agak sebok jugak la last week..sebok wat gifts untuk kawin..balik perak..nak kene pikir design untuk kek kawin dan hantaran nanti..edarkan kad-kad kawin kat sedara mara..adehhh...banyak betul keje aku.. tu sebab ini blog macam sudak berhabok skit...owh yer..lagu di atas xde kene mengena pun dgn entri kali ni...cuma harap anda suma SABAR yer dan bagi aku sedikit masa untuk aku update pasal kebizian aku last week ;)

Wednesday, April 15, 2009

dapat award dari leadleedeea


at last ade jugak menda yang aku nak update untuk hari ni..

tadi berjalan-jalan ke rumah lead...gopenyer lead ade bagi aku award la..tapi baru hari ni aku perasan..sebab baru ada masa nak singgah menyinggah baca blog-blog yang lain..

thanks so much lead..award itu sangat cute..tau-tau ajer saya suka cuppies :)

Tuesday, April 14, 2009

cuppies 4 him~


10th april hari tu kan bufday my syg..takde la aku tak bagi hape - hape kan..kijam la tu..
then memang fenin jugak la sebab aku tak tau nak bagi kat die apa.
tambah lelaki mak aiihhh susah ok nak carikan hadiah..
lagipun aku ni sebok memanjang..tak sempat nak survey dan carik-carik hadiah
nasib la aku ni ade blog ok!!!
so dengan adanya blog, aku ramai kenalan..
dan dengan adanya ramai kenalan blog maka luas la pengetahuan
maka..tercetus la idea untuk menghantar cupcakes untuk die hasil tinjauan ke blog peeja
kebetulan time tu peeja ada tempah cuppies tapi cuppies dari putrajaya
macam agak susah jugak la aku nak carik pembuat cuppies area ipoh
nasib la ade satu blog ni ha yang activ buat cupcakes dari ipoh - D'MUFFINS
memang best la deal dengan kak dib ni..sempoi mepoi
siap dia suruh husband dia hantar cuppies tu kat bf aku..kasik suprise katanya!!
so aku mau promote jugak untuk bisnes kak dib..
sesapa yang minat nak tempah bagi area ipoh bole le pegi ke blog D'MUFFINS tu yer..
harga pun sangat ok~

Monday, April 13, 2009

tak tahan melayan godaan :P

aku sudah kembali..ingat nak berehat lama dari berblog ni..tapi sedia maklumlah yer, namapun memang suka mencorat coret..jadi tak tertahan la kalau masuk blog ni tapi tanpa buat apa-apa..macam sengal gitu..tapi bila nak update tak tau pulak nak update apa..haha gilo~

syukur..SEMANGAT sudah kembali..nasib la aku down tak la lama..nasib jugak ada blogger-blogger yang beri support!! owh terharu~~

sebenarnya tengah aku update entri ni tetiba je ade orang sapa kat YM - guest7.. wah, tocei-tocei menyapa aku..tapi aku tak brapa nak pahe mung goyak klante yer!!! gupenyer siut...sepupu aku si iwan yang kene kan aku..cesss!!! terasa diri ini lurus bendul..tadi memang aku tengah YM ngan dia..tak sangka lak dia boleh nyamar n chat guna YM blog aku..perghhh nak kena budak nih..

tapi betul la..aku ni ada sedikit perangai lurus ni.. paling berbahaya bila aku ni yang ramah tamah suka tegur orang yang tak kenal. contoh kalau naik bas ada orang kat sebelah ke..harus la sembangkan?? takkan ko 3 jam nak membatu je.. so aku kalau situasi macam tu memang kalau orang tanya aku jawab je benda betul..padahal dalam dunia nan serba banyak kes tipu menipu ni.. sebaiknya kena elak dari membertahu perkara benar pada orang yang kita tak kenal. tapi tu la aku..selalu je dengan perangai lurus nih!!

susah tu nak ubah perangai macam tu..sebab selama ni aku pun kurang perasan aku ada perangai lurus tu..tapi harap-harap la selepas ni takkan ada kemudaratan ke atas diri aku jika perangai lurus ni terjadi lagi..amin 4 me~

Saturday, April 11, 2009

rehat~

aku mau rehat berblog wat sementera waktu~ jangan rindu-rinduan k..
to be a betterman..

Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain

Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel Im getting old
Before my time

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord Im doing all I can
To be a better man

Go easy on my conscience
cause its not my fault
I know Ive been taught
To take the blame

Rest assured my angels
Will catch my tears
Walk me out of here
Im in pain

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord Im doing all I can
To be a better man

Once youve found that lover
Youre homeward bound
Love is all around
Love is all around

I know some have fallen
On stony ground
But love is all around

Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain

Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel Im getting old
Before my time

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord Im doin all I can
To be a better man

--

benci giloss bila ada perasaan rendah diri ini.ntah kenapa tetiba aku ada perasaan seperti ini.mungkin sebab aku mengunjungi ke blog-blog lain yang buatkan aku rasa diri ini serba serbi kekurangan.bukan aku tak bersyukur dengan apa yang tuhan telah berikan untuk aku.cuma aku rasa aku mampu ke tahap yang lebih baik, tapi aku sendiri yang meliku-likukan jalan kehidupan aku.aku rasa aku banyak membuat pilihan-pilihan yang salah dan akhirnya keputusan yang aku buat itu memberi kesan hingga ke hari ini.

bila perasaan rendah diri tu dah menyelubungi diri..mulalah aku rasa orang-orang yang aku sayang dah tak sayang aku lagi.aku fikir yang bukan-bukan.dan setiap kali aku berhadapan dengan orang awam, aku selalu terasa mereka mengutuk-ngutuk aku di atas ketidakmajuan diri ini. dan aku terasa diri ini amat hodoh sekali. terasa aku lah manusia yang paling lembabs sekali walhal kawan-kawan yang lain sudah melalui pelbagai transformasi diri. tapi aku masih macam ni je..patutla kalau aku jumpa kawan-kawan lama..walaupun kawan yang dah 10 tahun tak pernah jumpa dorang boleh cakap kat aku macam ni..

"eh tini..ko x brubah pun..still macam dulu"

betul tu..kalau ada perubahan dalam diri ini pun ianya tak melibatkan perubahan pada skala besar..hanya perubahan-perubahan kecil je. aku tak rasa ada kemajuan dalam diri pun. cuma rasa diri ini makin lama makin teruk..huhu~

mungkin aku harus pergi jauh. dan mulakan hidup baru~~

Friday, April 10, 2009

masam,manis,masin

hari-hari hujan..
kalau tak hujan susah jugak
tapi berniaga still masyuk..
hujan ke tak hujan ke sentiasa ada customer
sebab dorang ni memang regular customer
syukur..rezeki tak putus-putus

kadang-kadang aku dah bosan berada ditahap ini
cumanya untuk ketahap seterusnya ada je rintangan
takpalah asalkan ada usaha
pasti suatu hari nanti tuhan tunjukkan jalan
dan beri juga aku peluang untuk berjaya
bukan apa..aku taknak mama dan abah kerja lagi
cukup-cukuplah pengorbanan mereka
sekarang biar kami, si anak-anak yang ambil tanggungjawab

hari ni hari jadi sayang ke 25..hoho dia sudah tua
kali ni masih tiada kesempatan untuk aku meraikan hari lahirnya
nama pun pjj
tak banyak masa untuk bersama
sayang, moga hidupmu lebih sukses

tetiba nak berpantun kat sini..bole??
blog aku kan..harusla boleh..
sebab aku teringat zaman sekolah
kalau tak berpantun tu tak sah
dan aku memang penggemar reka-reka pantun
tapi itu dulu..dulu dan kini sudah berbeza
banyak yang aku suka buat dulu, tapi sekarang aku jarang buat
ataupun dah takkan buat lagi

pasti semua tahu pantun ini

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga

Thursday, April 9, 2009

untuk aye..


picici yang terover..macam bufday dia la plak..

- 07.04.2009 -

semalam birthday aye..
aku, mama dan abah sempat lagi singgah pegi beli kek lepas balik dari niaga..
beli cheese cake..nyum-nyum :)
saje - saje nak buat kezutan buat aye..
balik je rumah..bawak masuk kek senyap - senyap terus ke dapur tanpa pengetahuan aye..
aku pasangkan lilin kaler pink tu..
then bawak slow - slow ke depan sambil ramai - ramai nyanyi lagu besday
aye sengih - sengih je..then ucap trimas kat kitorang..
muka dia macam terharu gak..sebab semalam aku macam buat endah tak endah je kat dia..
kekonon macam on her day takkan ade apa - apa la untuk dia..

aye..dia adik paling rapat dengan aku..
mungkin sebab jarak umur kami hanyalah 2 tahun..
so memang kami selalu kongsi cerita..

aye..aku syukur ko jadi adik aku (aku tau ko pun syukur aku jadik kakak ko kan?? hehe)
memang pun..selezer - lezer mulut minah ni tapi hati baik..
banyak susah, senang, nangis, tawa kita- kita je rasa
tapi suatu hari nanti pasti kita akan bawa haluan hidup masing- masing
cuma aku harap kita akan cuba kekalkan keakraban kita..

aye..
aku sayang ko..


Monday, April 6, 2009

rojak buah~

**to my SISTA - AYE today is ur day!!!

aye..happy 24th birthday.. dah doploh empat yer kamu~ aku rase ko macam budak kecik lagi..hehe..gopenyer ko dah cukup umo bole kawen nih..aye, aku tak kisah kalo ko nak langkah bendul pun..bole aku dapat hantaran serba satu..haha tetiba je~

aku takde hadiah la..tapi ko dah dapat hadiah yang paling bermakna tahun ni~ welcome to BNM..keje baik2 pastu duit gaji blanje aku k..hehe

**nampaknye minggu ni minggu sengal2, penat2 dan demam2..

abah dan sayang demam..aku sengal2 badan (sebenarnya malas yang lebih..hehe)..mama pun macam tak larat je..mungkin faktor iklim malaysia dan dunia yang tak menentu sekarang buat sistem badan macam weng skitt~

**hidop aku...

aku sekarang makin selesa berhidup walau bayang kerja tak nampak lagi..aku sebenarnya hepi je berniaga dengan abah dan mama..sampai dah tak larat dok ngadap muka customer yang sama hari2..sampai menu makan dorang pon aku super tau..hehe..berniaga ni esp berniaga makanan memang penat tak hingat tapi besttt..daripada aku kerja kat tempat lama walau dok opis je..tapi penat tu mak aihhh, balik umah terus tido..tak hingat apa dah..ni walau aku berniaga tapi malam2 aku boleh lagi ngadap pc..update itu ini..mungkin la kepenatan keje kat opis tu disebabkan stress dan guna otak..kalo berniaga ni banyak guna tenaga je..so tahap kefenatan itu adalah berbeza yer..

**meriah yang bakal meraikan kejayaan

bil telepon mesti melambung bulan ni..sebab asyik menanya khabar suasana taiping yang digambarkan macam pesta!!! opah cakap tak pernah sepanjang jalan masuk ke port well tu sesak..gerai-gerai makan yang tak beberapa ada orang pun dah penoh dengan kehadiran orang2 luar..siap 4 hari boleh cecah keuntungan 1k..

mak aku cakap..

" kalau kl ni dekat dgn taiping, dah lama mama ajak abah balik pi berniaga kat sana.."

(ayat orang otak bisnes..huhu~)

tambah hotel, motel, homestay dan segala pelusuk penginapan kat kawasan taiping penuh dibooked juga..yang penting makcik2 aku pun time2 ni harus glemer masuk tv- senaman pada pagi ahad lalu kat padang Matang bersiar secara langsung di kaca TV1..semua ni gara2 pilihan raya bagi menentukan siapa yang bakal menerajui Bukit Gantang!! segala-galanya akan terjawab esok~

bagi yang bertanding esok dan akan menang - harap-harap janji jangan tinggal janji yer..

buat rakyat jelata - jgn la bermusuh-musuhan dan bermasam muka dek kerna calon anda tiada rezeki untuk pilihan raya kali ini..terima dengan redha dan sama- samalah tolong- menolong ke arah kemajuan..

buat Tun Dr M - saya sangat hepi beliau kembali ke pangkuan UMNO..

buat PM terbaru - semua harapan rakyat di tangan anda. jangan sia-siakan. dan selamat meneruskan perjuangan-perjuangan yang terdahulu.

buat aku - bila la agaknya aku nak pi daftar spr..terukkan aku ni??!!

bior pape asal bergaye




moh le teman2..ni halwa telinga baeeekk punya :p

kalo kome org perak mungkin kome paham kot..

takda hati~

rasanya macam sudah lama aku tak update..
ntah..tetiba takda hati mau cerita apa2 disini..
kalau ada pun tapi tetap aku malas..
aku hanya suka singgah ke blog-blog lain..
baca kisah-kisah orang..
ada yang tengah hepi-hepi..yang kisah sedih pun ada..
tapi begitulah hidup manusiakan??
kita semua melalui dan merasai perasaan-perasaan itu semua..
cuma dalam situasi yang berbeda sahaja..
apa-apa pun aku harap moga kita semua tabah
dan hadapinya dengan senyuman :)