sebetulnya, banyak sekali ingin diluah di sini
tapi jari jemari ni seakan terhenti
idea yang tadi macam membuak-buak terus membeku
mungkin dah tiba masanya aku berehat sebentar
mungkin masanya aku hanya jadi pemerhati dan pembaca kisah orang lain saja
dan mungkin masanya aku kena cari 'rumah' lain
atau di sini sebenarnya bukan 'jiwa' aku?
aku perlu..sangat perlu menulis/ meluah..
sebab ianya kekuatan/ semangat diri
tanpa menulis..aku seakan mati
menulis itu sebahagian aku
tapi tak semestinya apa yang aku tulis di sini turut tertulis seperti apa yang aku rasa
susah bukan..mahu menulis tapi perlu berhati-hati
takut ada yang tersinggung
jadi..di sini bukan 'rumah' yang sewajarnya
aku mahu bina 'rumah' yang lain
tapi masih sayangkan segalanya yang ada di sini
mungkin aku akan kembali di sini
tapi tidak selalu ya.
Saturday, July 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment