salam...
saya terpanggil untuk menyedarkan seluruh umat dunia..
semalam semasa sedang menyiang sayur sambil menonton tv - show kegemaran saya iaitu OPRAH WINFREY SHOW..beliau ada mengupas isu mengenai bahayanya bila kita ber'sms' atau menjawab panggilan semasa memandu~~ isu ini sudah lama, tapi saya sekadar mahu mengingatkan kita kembali...
saya sama sekali tidak pernah melakukan perkara seperti itu sebab saya tidak memandu!!! :)) mungkin suatu hari nanti jika Allah memberi saya kekuatan untuk memandu, saya PASTI akan elak dari melakukan tindakan-tindakan tersebut..
kalau anda pernah mengikuti rancangan tersebut, pakar menyatakan bahawa sebanyak 90% tumpuan otak kita hanya fokus kepada SMS dan bukannya cara pemanduan kita..begitu juga bila kita menjawab panggilan semasa memandu, tumpuan kita akan hanya terarah pada pandangan hadapan, dan mengabaikan pandangan sisi..manusia sebenarnya mungkin ego atau berasa tindakan-tindakan tersebut "oh,tak apa...saya boleh buat dua benda dalam satu masa"..tapi sebenarnya TIDAK OK!!!
banyaklah sebenarnya isu yang dikupas, tapi yang paling penting ingin saya nyatakan di sini, kebanyakannya kemalangan yang berlaku di AS (berdasarkan statistik sana, di Malaysia saya tak tahu) golongan remaja menganggap tindakan-tindakan itu sebagai satu trend!!! kononlah, kalau remaja lain buat begitu, saya pun harus buat juga..baru cool!!!
sebenarnya, tindakan-tindakan itu boleh meragut nyawa manusia lain...kita mungkin boleh kehilangan emak, ayah,suami,isteri,bf,gf,kakak,abang jika pemandu-pemandu di dunia ini masih memandu sambil ber'sms' dan menjawab panggilan telefon walaupun anda menggunakan handsfree, fokus kepada cara pemanduan kita tetap kurang!!!
ingat!!! kemalangan yang berkaitan dengan tindakan-tindakan yang saya nyatakan boleh dielakkan 100%!!!
so, cuba lihat klip video di atas, dan renung-renungkan~~~ ingatlah orang tersayang~~~
1 comment:
hi!tinie...Gotcha
Post a Comment