penjejak tegar

Wednesday, January 13, 2010

have to..

ketenangan hati dan mempunyai sifat mempercayai sesuatu, seseorang..inilah yang aku perlu cari dan perlu aku pelajari..

terima kasih pada seseorang yang telah menyedarkan aku tentang ini.

Monday, January 11, 2010

tentang perasaan ku kini~~

pergh..tak boley blah tajuk entri aku..

tapi ini je yang dapat menggambarkan perasaan aku ketika ni..


Sunday, January 10, 2010

masa = time


sebenarnya takda idea pun nak menulis...kemudian saja-saja aku belek gambar-gambar dalam simpanan...tertarik dengan keunikan bentuk jam-jam ini..comelkan??

teringat pulak aku suatu masa dulu, si kecil pernah bertanya.."along, kenapa MASA ITU EMAS, sebab EMAS TU BUKAN MASA PUN?? baginya EMAS = MASA??? tak masuk akal... fenin oh nak jawab..siap boleh dia tambah, ayatnya berbunyi.."kalau MASA TU EMAS, KAYALAH KITA BOLEH JUAL MASA"..wa, budak sekarang macam-macamlah soalannya..zaman aku dulu, kalau cikgu kata B, maka aku pun ikut je B..tanpa bantahan...bagi aku masa itu bukan saja EMAS, tapi melebihi dari itu..ianya amat berharga, terlalu berharga kerna tidak pernah sedetik pun masa yang berlalu itu dapat diundurkan waktunya kan??

Kumpulan nasyid RAIHAN pun pernah mendendangkan lagu mengenai masa..tak salah aku tajuknya DEMI MASA..

DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA KERUGIAN
MELAInKAN YANG BERIMAN DAN YANG BERAMAL SOLEH
INGAT LIMA PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


aku pun kadang-kadang terbabas jugak dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan masa..susah nak disiplinkan diri..moga setiap masa, adalah masa yang bermanfaat buat aku dan anda semua..

#tetiba malas nak membebel..hu~~

Saturday, January 9, 2010

strategi berhasil...sukanya~~~

malam semalam aku tak bole tido..lepak depan screen pc sampai pukul 4 am..huhu.tak pernah tidur selambat ini melaikan zaman belajar dulu la...

pastu aku tak tau nak wat apa...nak YM ramai yang tak online...busan..busann..

tetiba aku dapat satu idea untuk meningkatkan kadar ^&^$%%$%#$&* ...pastu aku pun mula wat plan dan lancarkan strategi...semalaman dok bertungkus lumus..dan akhirnya strategi itu berhasil jugak walaupun hasilnya tak seberapa..cepat ok hasilnya!!! sungguh aku tak sangka..dan kenapala aku tak boleh fikir dari dulu ok!!!!

pagi ni excited abis nak tengok impak dari strategi aku lagi!!! jenuh bagun awal tau..huhu..then...tarara...betul-betul ho liow...haha...MEMANG BETUL-BETUL BERHASIL!!!!! thanks kepada semua yang memberi kerjasama~~~~~ at least wat aku sikit happy hari ni..

malam ni nak pulun lagi....

Wednesday, January 6, 2010

kembali lagi? cepatnya..huih~

"percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan"

-menuju puncak @ AF-

kadang-kala naik muak dengar lagu ini pabila selalu dimainkan di tv, radio..tambah-tambah lagu tema ini akan dikekalkan lagi untuk musim yang ke lapan. tapi cuba dengar betul-betul setiap patah liriknya..penuh motivasi. memberi semangat. aku suka.

kebetulan aku terdengar lagu ini berkumandang di siaran astro. pencarian bakat-bakat baru sedang dijalankan. nampaknya demam akan bermula kembali!!! tapi aku dah tak demam dah. takdak aura~~

Monday, January 4, 2010

sedang melayan lagu ini (^,^)

orang kata, lagu yang tak sedap tapi dok berulang kali main di corong radio boleh jadi sedap..mula-mula takda la aku minat sangat lagu ni..tapi selalu dengar kat hotfm terus melayan..kalau ikutkan pada melodi, aku rasa biasa-biasa saja..cuma berkenan pada liriknya..

baris lirik paling BEST..

"Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita.."

ya...aku pilih derita..

Ahli Fiqir - Derita Merindu

L
Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya… bagaimana nak bahagia

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

L
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

P
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada, ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

L
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan…
Aku masih terkilan

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

L
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Friday, January 1, 2010

new day...new year...

salam..

salam tahun baru..
syukur, kerna masih dipanjangkan umur..
syukur, kerna masih diberi kesempatan untuk berjuang
saya tidak mahu mencapai, mensasar target yang begitu tinggi untuk tahun ini
cukuplah saya dapat langsaikan apa yang tak tercapai tahun lepas.

moga tahun ini kebahgiaan milik saya.
moga tahun ni saya dapat menggembirakan hati semua pihak
tahun ini saya mahu lebih sopan, lebih matang dan banyak-banyak bersabar.
dan meletakkan Allah, paling utama di dalam setiap urusan hidup saya.

tahun lepas...walau begitu banyak sekali yang saya inginkan tidak saya capai,
tapi memberi saya begitu banyak pengajaran.
saya harap saya belajar dari kesilapan. tidak bertangguh kerja.lebih yakin. tidak lama bersedih.

tahun ini...tiada sasaran melibatkan material.
hanya mahu memenuhi ruang hati dengan kegembiraan, ketenangan, serta mengembirakan hati-hati yang lain. cukuplah itu.

kalian? apa kalian harapkan untuk tahun ini?
mari sama-sama capai dan menuju impian :)