penjejak tegar

Wednesday, November 26, 2008

buat REnung-REnungan..

tak tau nak update apa..td bukak frenster..just amik kat bullletin board jer..tp ada pengisian..

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan.. "Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada... `

eherm - bersediakah aku?

thanks to green apple..

sape yg pernah baca blog si GREEN APPLE?? yup, aku pmbaca setia blog green apple.. tak la lama jugak aku jadik follower.. baru dalam 6 bulan tp aku tetap tak jemu nak mengikuti setiap entry2 green apple..bagi aku cara penulisan beliau begitu berani, kreatif n jujur..

and a big thanks to her...sebab dalam bnyk2 blog, blog ni mampu menggerak kan aku untuk jadi insan yg lebih baik..

kalau akak terbaca entri ni, tiada niat apa2 untuk sy ucapkan thanks secara terbuka camni..cuma mmg patut diberi pujian atas setiap hasil buah fikiran kak D yg brilliant itu..

eherm - wish u all d best..

Monday, November 24, 2008

TERingin

Sesekali aku rasa teringin untuk bersendiri..
memberi ruang untuk diri sendiri...
menghirup angin senja, sedalam- dalam hati.
dan berfikir.. trus berfikir..
sunyi.sepi.sendiri.

berSEMBUNYI..


buat pengetahuan..bila aku berblog..aku mahu tulis betul2 apa yg aku rasa kat dalam hati ni..tp brblog TAK SAMA mcm aku tulis diari..

kalau aku tulis diari, aku rasa aku 'sampai' apa yg aku nak luahkan..tp lainnya bila aku berblog..aku tak rasa aku betul2 punya rasa 'sampai' tu..

mmg la tak sama..diari tu bnyk soal peribadi yg aku tulis..tp blog ni aku tak bnyk sentuh soal peribadi,tetapi lebih kepada berkongsi rasa dgn manusia yg lain..

tp ada faktor lain jugak yg buat aku rasa tak 'sampai' tu..mybe org yg dah lama dalam arena blog anggap menda ni remeh..tp bukan aku yg baru setahun jagung ni...boley tak aku tnya perasaan korang yg KALI PERTAMA PUBLISH N JAJA ENTRI PERTAMA di BLOG ANDA??

Perasaan aku kali pertama publish enrty sendiri : aku malu, rasa bnyk idea nak tulis tp bila aku dah mula tulis semua ayat lintang pukang..macam kaku jer..ar membosankan..haha..n aku rasa tak selesa menulis bila org kenal aku..maksud aku bila org baca blog aku n kenal muka aku..

aku rasa disebabkan aku tampal muka aku yg kiut miut :p kat blog nih buat aku 'tak tenang' untuk menulis..

so..aku dah replace dgn smiley face. sila senyum semua :)

aku harap lepas ni tulisan aku lebih 'sampai' n lebih jujur n aku boleh luah dengan tenang..


eherm - buat sesape yg dah ter 'kenal' aku, anda beruntung..ehehe..sebab aku mungkin akan
bersembunyi lama sehingga aku betul2 rasa aku nak keluar dari tapak persembunyian aku..


IM NOT SINGLE

ini bukan untuk membuat kenyataan...tp movie yg baru jer beberapa minit lepas yg aku tonton kat tv..I"M NOT SINGLE yg diarah oleh AHMAD IDHAM. hero si FARID KAMIL n heroin aku tak kenal..tp boleh tahan la gurl tu berlakon walau nampak kaku2 jugak..yg penting bukan asyik2 FASHA SANDA tu jer yg berlakon k..sesekali melihat wajah pelakon lain di dalam movie amat menyenangkan hati..

aku sebenarnya nak elak dari selepas bangun subuh, aku tidur balik..sebab sah2 if aku tidur balik mmg aku bangun lambat punyer..hehhe

nak bangun2 mandi..owh amat la paginyer untuk aku mandi..sejuk la..tetambah musim ujan..so aku carik initiatif lain untuk elak aku dari tido dgn menonton tv..hehe..memula tgk MHI..herm..bnyk menda berilmiah jugak yg aku dapat untuk pagi isnin nih..then dah agak2 bosan nganMHI aku bukak channel2 lain..kebetulan IM NOT SINGLE baru jer start..so aku dah lama tak tgk movie..apetah nak tgk cite cenggini kat wayang sesorang..layan kan ajer..

aku CENGENG..

buat pengetahuan..aku ni seorang yg cengeng..walau pun aku nih hanya tgk iklan pertonas (ala iklan petronas time raya kan bnyk yg sebak2 or time hari kemerdekaan)..aku boley siap rasa sebak n kekadang cengeng..ehehe..malu untuk aku mengaku, walau citer IM NOT SINGLE tu tak la best sngt tp boley la layan..aku tetap emosi tau..siap cengeng2 gitu..uhuhu..aku cengeng bukan apa la..sebab aku ni teliti skit ngan words/ skrip yg ada dalam beberapa babak yg begitu menyentuh hati..

yg aku ingat...time danny bagi surat kat maya..ada puisi yg sweet tertulis kat dalam surat tu..

'walaupun hembusan bayu itu amat menyenangkan..aku tetap pilih engkau..
walaupun masa itu berganti nyawa, aku tetap pilih engkau..'

ade lagi ayat2 puisi yg aku tak ingat..tp amat menyentuh hati wanita aku..

time farid kamil cakap kat isteri dia ' kereta itu tak berharga..tp awk lagi berharga dari kereta itu..' simple words tp menyentuh hati aku jugak..n bnyk lagi tp tak mmpu aku ingat...

kalau ada kesempatan..sila lah tgk..aku rasa selalu jer ditayangkan kat KIRANA..tp buat org2 yg tak berapa nak layan citer2 romantika di tampoi camni lebey baik jgn tgk sebab bukan kena dgn jiwa korang..tp sesekali cuba layan..herm, terasa indahnya CINTA tau..

eherm - tak kenal maka tak cinta..

Saturday, November 22, 2008

suratan atau kebetulan..

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

eherm - mmg..aku bimbang berlaku lagi kesilapan buat kesekian kalinya..

Wednesday, November 19, 2008

:) face


New face on Mars has scientists smiling

amik kat google..memula nak carik smiley face..tetiba nampak yg nih..nway saja nak share smiley face on MARS..rare to find this kind of pic kan??


eherm - MARS tu planet keberapa? sape tau??




explore..

hehe tak tau pun kat blogspot nih bole main tuka2 kaler...ingatkan kalo dah pilih format background die cegitu aku dah tak boleh gatai2 mau tukar dah..ehehe

ni ler hasil explore bodoh2 aku...

ntah ape la aku mix n match kaler2 tulisan nih..

pinx+green+blue+kuning..harmoni sungguh..

nampak cam burok pon ader..

takpe2 len kali ade masa yg terluang aku try tukar background lagi canteeek punya..ehehe

skrg main redah jer...

eherm - mau tukar bkground yg ader pic cantek2.. :)

Tuesday, November 18, 2008

UFO


U - Unidentified
F - Flying
O - Object

U.F.O. .
kalau aku tgk pic ni, mmg tringat time 'aku jd seorang FANATIK UFO'..sekarang pun fanatik jugak wpun mmg takde bukti sahih yg mengatakan UFO ini wujud..tp dari kecik til dah besar panjang ni, aku still teruja nak baca pasal UFO..ingat lagi time kecik2 aku suka dok termenung kat tangga luar umah sorang2..aku pandang ke arah langit dgn harapan UFO muncul n piring terbang tu landing kat depan umah aku..pastu bila jalan2 naik keta time malam pun aku akan pandang langit nak carik UFO. ingat2 balik mmg lawak lah..fanatik betul..huhu..mybe time tu bnyk cerita2 kat tv pasal UFO kot sampai buat aku suka nak tau pasal object yg konon2 ada bukti tp sampai skrg pun still tak terbukti..
samada betul atau tak..aku still suka nak tau pasal MISTERI UFO.
eherm - suka ceritera pelik2.

selalunya...

jam di dinding menunjukkan angka 8:10 AM..ikutkan waktu sekarang aku dah ada kat ofis, on pc..carik2 document yg pending semalam..bukak email n breakfast wif gayu..tp dah 2 minggu ++ aku lepak umah..kadang2 pegi gak ke gerai family aku..tolong itu ini..but now cuti sekolah aku dah jadi fulltime housewife lak, kene dok umah , mengemas n jaga adik2 aku..

ntah la ape yg terjadi kat aku..org lain b4 resign sure akan backup ngan carik kerja lain..tp aku resign dulu then baru terhegeh2 nak carik kerja lain..selama 2 kali aku bekerja dalam banking industries, aku tak rasa yg jodoh kerjaya aku panjang dalam bidang itu..ntah la kenapa org pandang bekerja di bank tu ada class n dorang hepi jadik staf bank..tp tidak AKU..huhu

yeala, bukan tak best keje bank tp aku ni jenis tak suka terikat dgn masa, keje sampai malam2 ni..im not workaholic person..aku njoy nak kerja yg aku minat nak buat, bukan sebab keterpaksaan..

mybe aku ni dah dibesarkan dalam family yg suka bisnes so aku pun jenis mmg fikir bisnes jer.. ingatkan bila dah resign ni aku nak bukak bisnes sendiri..but the problem is my parents not support ngan apa yg aku nak wat..ar sedih seh bila org yg rapat ngan kita tak support ngan apa yg kita nak wat..

so, aku skrg berbelah bagi..smada aku nak ikut cakap parents aku untuk carik kerja lain which is kerja MAKAN GAJI or aku nak ikut kata hati sendiri, iaitu KERJA SENDIRI?? aku serious down, fenin..bnyk hati nak jaga..

skrg ni aku rasa hidup dah mcm cacamerba..aku dah mcm tak tau hala tuju aku..

sah2 if aku carik kerja lain...aku takut aku akan resign buat sekian kalinya...

aku punya cita2 sendiri..tp dalam masa yg sama aku perlu jaga hati2 org yg aku syg..so apa kisah aku yg sterusnya?? aku pun tak tahu..

eherm - diluah mati emak, ditelan mati bapak

Friday, November 14, 2008

balik ey poh

esok aku balik ipoh..sebab natrah nak bertunang..natrah ni sepupu paling kamcing ngan aku selain kak lang..kak lang dah kawin last august n now turn si natrah dan aku..n natrah insyaAllah next year akan kawin..aku? herm as i said in my previous enty, bila sampai seru lah..

tp balik ipoh bukan itu je agendanya..jeng..jeng..jeng..ada agenda yg lain yg buat hati aku lg teruja n tak sabar2 nak balik ipoh..hahah

make sure rumah dalam keadaan kemas b4 travel..sebab aku bole jadi serabut bila balik tgk umah selerak..

malam ni sunyi sebab parents dah tido, penat agaknya.. adik2 bz main menatang psp...

n aku bz depan pc..hehe

banyk menda aku nak wat tp terhenti begitu saja...

ar, dah rasa cam tulis diari lak kat dalam blog..ar boring..tu sebenarnya..

eherm - hidup ku kalut

pura2 ada kebaikan..


unknown pic...
but i do love the word.. BE ORIGINAL..
baik untuk menjadi diri sendiri dari berpura2 yg menjadikan hidup kita serba tak kena..
tp tak semua yg datang dalam diri ini baik belaka kan??
so..yg baik dalam diri harus dikekalkan n yg buruk tu harus dibuang dan diperbaiki..
ramai yg salah anggap kita sentiasa harus jadi diri sendiri walau dimana jua kita berada,
namun tak semua situasi yg memerlukan kita jadi diri sendiri..
contoh: kalau dengan kawan2 or org yg terapat dgn kita..tak kisah kita nak sembang n gelak kuat2 pun tp depan org tua2, haruskah kita berperangai sebegitu??
dulu aku pun mcm tu, aku benci pada pura2 n sebolehnya mahu org lihat AKU yg sebenar..
tp 1 of my motivator, kursus yg pernah aku join last feb 08 pernah berdiskusi pasal isu ni..ternyata kita berpura2 bukan untuk mentidakkan diri sendiri tp sebenarnya lebih kepada kebaikan..apa2 pun semua ni bergantung pada niat individu tersebut..tnyalah diri sendiri ok baik ke tak anda jadi PELAKON tak bertauliah??
eherm - semua manusia tidak sedar mereka adalah pelakon di pentas dunia ini :)

25 tahun sudah berlalu...

umur aku dah menjangkau 25 pun..aku mcm tak percaya dah hidup selama ini. dah besar rupanya aku..tp sepanjang perjalanan hidup aku yg panjang ni, adakah aku betul2 memanfaatkan masa aku?? bnyk yg terisi baik tp banyak lagi masa yg aku buang dengan sia2 n benda2 yg tak berfaedah.. tp itulah manusia, selalu alpa..tmbah2 aku ni dah makin dewasa, takde sapa yg menegur,..kealpaan itu semakin berpanjangan.. dan AKU LAH jua yg perlu untuk mengingati diri sendiri utk menjadi insan yg baik kan??

eherm- aku harus kuat.

blogger yg naif..

aku blogger yg naif..tak terror nak explore n make up my blog..if anyone read this blog pls giv me some extra tutorial nak cantik2kan skit blog ni..huhu..n i thought that after we published the entries, our post date and time will appear automatically wthout addjusting..hahah..now i know..kene change the date n time kat POST OPTIONS..tp ada ke cara lain..yg auto punya..tak payah la everytime kene tukar date n time..well 2 days blogging, aku kene rajin2 explore lg..tp if ada yg sedia membantu dipersilakan ;)


eherm - cita2 mau menjadi blogger yg tegar..hehe

just married??

senang ker berkahwin? semua ada impian nak hidup bahagia lebih2 lagi dgn yg tersayang..aku pun..tp senang ke nak melangkah ke alam tu??hehe..tetiba crita pasal kawin, tapi tadi bukak frenster n see so many frens dah kawin..ada anak pun ramai..hepi jer..tu timbul soal kawin..xpelah, rezki masing2 kan...janji sekarang aku punya mission sendiri..bukan juga untuk diri sendiri tp lebih kepada tnggungjwb yg belum terlaksana..insyaAllah, punya jodoh n masa yg sesuai aku pun pasti melangkah ke alam itu..yg mungkin menjanjikan KEBAHGIAAN..

aherm-sape kawen jgn lupa jmput aku k ;>

YEAY!!! diz is my 1st time...

herm..not really my 1st experience in blogging..actually it could be my 2nd time..my 1st blog @ 2006, i actually 4got d pword..so i cnt update tht blog :(..so wut reason i create my 2nd blog?? well i lo0oove writing..