penjejak tegar

Friday, May 29, 2009

kerana budi aku jatuh hati

budi @ blogger boy..

ada sesapa yang tengok blogger boy tadi??
oh..kerana budi aku sudah jatuh hati..
sangat kiut dan bersahaja je berlakon..
jangan lupa eh tengok next episode..
promote..promote..every thursday on 8tv..
or surf je kat web bolgger boy

Thursday, May 28, 2009

hooda..ko punye pasal sebab aku kene update blog..hehe

memula aku saje jalan-jalan ke blog-blog korang je dan takdo niat nak update..malas ohh..tetiba aku surf friendster aku yang dah lama bersawang tu..pastu aku view kat friendster hooda.. and nampak gambar-gambar lama dalam album friendster dia..owh..kenangan lama..ia sesuatu yang indah dalam hidup aku..terlalu indah tau di samping teman-teman yang sengeng macam aku jugak..muahaha..walau kita jarang berjumpa..tapi kalian tetap di hati.

da..aku cilok ok gambar-gambar kite dari frenster ko..saje wat kenang-kenangan kat dalam blog aku..hehe..pastu saje je mau bagi muka ko glemer kat dalam blog ni..hehe


ni gambo dinner kos budak-budak sciencess..oh apa le kabor korang yer?? memasing keje besau-besau je..aku ni je ha yang idup ala-ala je..lalala janji hati mau hepi..


ni CAC uia..oh..jarang pun jejak kaki ke CAC..time grad je la merasa jejalan kat depan stage tu ha..tapi tak sampai seminit..event yang besau-besau je la baru buat kat sini..


me n hooda manje..

ko ingat tak hooda time ni kite ade extra class waktu malam..pastu kalo nak balik mahallah time malam-malam ni nak jalan kaki adalah amat malas dan takut..so kene tunggu pakcik bas datang amek..ye ar..uia kuantan ni sunyi ooo..time ni 3 kulliyyah je ado kat uia kuantan..ade bebudak medic, farmasi dan kitorang bebudak science..banyak bangunan yang tak dibangunkan lagi..so banyak kawasan yang sunyi lagi kosong..dah la kat area-area hutan..seram ajo..hehe..tapi yang bestnyer kalo pepagi tu aku bukak je tingkap bilik..dah macam kat kawasan air terjun je..sebab bangunan hostel aku ngadap hutan..monyet tu dah macam kengkawan hai-hai aku dah..siap study pun takyah pasang lelagu bagai..dengar deruman air terjun je tau..


jauh woo...berpeluh ketiak kene jalan kaki gi kelas..tambah-tambah tengah panas terik..
kulliyyah of science..bayangkan dah selesa gile lepak kat gombak tetiba dengar kene pindah ke kuantan..ohh tak sokaa ok..dah la last sem plak tu..fenat ooo nak angkut-angkut barang ni..tapi bak pepatah melayu..tak kenal maka tak chenta..kan??kan?? seminggu kat sini memang mati kutu..yelah..kat uia gombak happening..tapi environment kat kuantan sangat la berbeza..pepaham la kan..bebudak medic n farmasi keje deme study ajo..kitorang nak wat bising pun rasa bersalah ok! dorang pun memula cam tak suka aje bila dapat tau kitorang kene pindah sini..ye ar, budak-budak science kan ala-ala comel...haha prasan..takut la tu kitorang rampas pakwe bakal-bakal dokter kot..ahaha..bila kenang-kenang balik best woo dok kuantan even 4 satu sem ajo..time nak tinggakan kuantan sedey kemain la plaks..haihh..

ni pompuan-pompuan kesayangan aku..

oh..aku rasa tanpa korang dalam idup aku memang tak berseri woo..aku memang tak pernah ade pakwe dari zaman skolah sampai la dah kua u baru lah ado..naseb ade korang ohh..pemangkin idup zaman u..tu banyak gilos kenangan aku ngan korang...korang yang slalo beri semangat..kawan-kawan time malas dan rajin bersama-sama..study lepak sama-sama..kawan-kawan makan mee ruski sama-sama..kawan tido sekatil sebantal..kawan sama-sama nangis, gelak kuat-kuat tak hengat dunia..kawan yang gilo..yang suka tengok cd pastu nangis feeling-feeling..ohh aku rindu kalian..sumpah rindu...sapa la antara kita yang akan kawin dulu ye?? rasanya apat la..ke ko hooda?? aku?? yan?? herm...kan best if korang ada dengan aku time ni...sure banyak gilos nak share kan??kan??

2 tahun dah berlalu..cepatnya~~

Wednesday, May 27, 2009

hati saya tidak setenang di kali..

saya cuba untuk tidak fikir yang bukan-bukan..tapi bukan sengaja nak fikir yang bukan-bukan..kadang-kala kita dah di tunjukkan hint2 tapi sengaja menidakkannya..ataupun gerak hati juga boleh beri petunjuk kepada kita..atau saya sendiri yang memang selalu suka berfikir yang bukan-bukan..entahlah..oh hati yang lara..syuhhh pegi lari jauh-jauh..dan datanglah kepadaku hati yang bahagia..

kadang-kadang saya tak suka baca akhbar..banyak yang negatif daripada yang baik. tiba-tiba rasa takut untuk kahwin. ada terbaca metro?? hari-hari bercerita cerai-berai..ada terbaca kisah rumah tangga akhil hyai dan isterinya bergolak? takutkan.. bila si isteri yang sudah terlalu lama memendam rasa dan bila kesabaran sudah lagi tiada.. boleh membuatkan seseorang mengambil tindakan drastik.. siapa yang mahu berpisah jika semasa mengikat tali perkahwinan itu kita berazam untuk sehidup semati..tambahan berpisah itu melibatkan hati anak-anak juga..

kenapa kalau kita menangis..si mata itu jadi merah?? oh..tak sokaa..

saya sudah kembali..dan akan kembali jelajahi rumah-rumah kalian juga..

Tuesday, May 26, 2009

PROMOSI STREAMYX


ada sesiapa yang bercadang nak pasang STREAMYX kat rumah?? opis?? silakan2...atau ada sesapa yang REKEMEN kawan-kawan, sedara mara untuk pemasangan STREAMYX jugak boleh dapat COMMISSION tau!!!! so untuk keterangan lanjut mengenai pakej2 yang ditawarkan serta list of commission sila hubungi :

EN SABRI - 019-5426746

atau emel ke sabri_ms143@yahoo.com

terbuka untuk semua pelanggan di seluruh negeri yer!!!

Sunday, May 17, 2009

menunggu mu~~




saya akan selalu tunggu kamu


akan tunggu kamu


selamanya tunggu kamu seorang~




rindu kamu..



#entri seterusnya akan di update selepas 11pm 24th may 2009. harap maklum.


Friday, May 15, 2009

mau balik ipoh!!

wah..wah..rajin betul blogger-blogger lain update blog yer!!! korang memang layak aku gelar BLOGGER YANG TEGAR la.. :) syabas!!! syabas!!! lately, aku teramat busy.. busy berniaga dan buat door gift, wedding cake, kek hantaran buat my cousin nat..

rasa kejap je masa berlalukan..nat dah nak kawen. pasni kalau balik kampung, sepupu-sepupu yang segagan aku semua bawak balik suami masing-masing..pastu dah tak boleh sangat nak huha huha macam dulu.. aku dengan kezen-kezen memang rapat. agak terasa jugak la bila masing-masing dah kawin. terasa mati kutu je nanti..huhu

maybe aku tak update for 2,3 days..sebab pukul 9 nanti dah nak bertolak balik ke ipoh!!! wa...rindu ipoh..petang ni nat akad nikah dan esok baru kenduri kawen..n aku yang jadi pengapit si nat nanti..muahaha..tapi nasib jadik peengapit time bersanding kat umah lelaki je..memula aku memang sah-sah tolak bila nat suruh aku jadi pengapit dia..yela, aku ni suka yang blakang tabir je..mana reti mau glems-glems..tapi memandangkan dia beria-ria sroh aku jugak, aku tak sampai hati. siap boleh dia cakap

"tini, mana nak tau jodoh ko cepat je bila jadi pengapit aku"

ape-ape aje lah nat..nanti aku jaga ko baekkk punya kat atas pelamin tu..spare tisu banyak-banyak ek..hehe

door gift during nikah..

wedding cake 4 nat..

tema nat merah putih..so cake pun harus ikut tema..sebenarnya dah lama mak aku tak ambik tempahan kek..so takes time jugak la nak melembutkan tangan untuk buat roses tu..aku try buat jugak..nampak macam senang..tapi susah wooo..kene praktis banyak kalau nak dapatkan sentuhan yang cantek..

at last..yang termampu aku buat ialah buat dot-dot kat atas kek tu je..hahaha..yang ni pun belum siap sepenuhnya..tak design daun lagi..tinggal nak touch up skit-skit je lagi..hope she like it!!!

kawan-kawan..aku plan nak bukak bakery la. sebab aku dah malas nak carik keja. malas nak pegi interview bagai.. so macam nak pegi MARA dan apply kat usahawan tu..tapi dalam masa yang sama aku teruja nak join program train and palce secara PERCUMA - nak apply krusus NIOSH OSH Professional Certificate..camna??? camna??? wah, berbelah bagi la plak..sebab nak pegi krusus ni secara individual kene ado 4k..krusus ni 3 bulan aje..tapi yang ni PERCUMA!!! FREE!!! siap ado elaun lagi..

aku dok update tak sedar dah pukul 8++..lebih baik aku siap-siap untuk balik ipoh!!! happy holiday u all!!!


Sunday, May 10, 2009

tabahnya dia..

aku rasa aku tak cukup cekal dah tabah..sebab tu ujian untuk aku tak la berapa berat nak dibandingkan dengan ujian tuhan pada manusia yang lain..sebab telah dijanjikan tuhan yang kita akan diturunkan ujian yang setimpal dengan kemampuan manusia itu sendiri..

cerita pasal ketabahan..kawan aku sorang ni..dah lama aku dan dia berkawan..kongsi suka duka bersama pada zaman sekolah dulu..walau kawan silih berganti..tapi dia dan aku masih bertanya khabar..

dia pelajar yang cemerlang..masuk ke universiti pun dia cemerlang..dan sehinggalah dia terjatuh hati pada seorang pemuda. cinta pertama.. pada mata kawan-kawan..mereka memang loving couple..dan kami yakin jodoh mereka akan berpanjangan hingga ke alam perkahwinan..

aku masih ingat selepas aku grad, dia masih lagi di universiti untuk menghabiskan lagi 2 semester..dari situ menjarakkan hubungan kami. sebab masa tu aku telah bekerja. bila sudah lama tidak mendengar khabar...aku kembali menyapa dia..dia beritahu aku yang dia telah berkahwin..terperanjat juga..angin takdak ribut takdak..sudah berkahwin kawan aku ni..tapi bukan berkahwin dengan pilihan hati..rupanya dia kecewa lalu berkahwin dengan pemuda yang datang menyapa kala dia dilanda kekecewaan.

rupanya sepanjang dia menyepikan diri, percintaan 5 tahun itu terhenti di tengah jalan..dan pembelajarannya pun semakin merosot. salah siapa?? mungkin jarak yang menjadi pemusnah cinta mereka..kalau dulu sentiasa bersama. bila sekarang sudah berjauhan, lalu terujilah cinta hingga mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing..

aku pun agak sedih..sebab aku kenal dengan pemuda itu..dia juga sudah jadi kawan aku..rupanya tiada jodoh antara mereka.

dalam masa yang sama aku tumpang gembira sebab dia sudah punya seseorang bergelar suami. cuma kawan aku ni berkahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarganya. tapi alhamdulillah, dia gembira dan bahagia. pembelajarannya pun semakin baik.

dalam kegembiraan itu, dia diuji lagi..dia telah berbadan dua..semasa dia tahu dia berbadan dua, dia sedang menduduki final year exam..mungkin disebabkan stress, kawan aku ni tak menduduki ke semua exam tersebut. kawan aku ni stress mungkin disebabkan dia belum bersedia untuk bagitau family dia yang dia telah berkahwin. sedangkan perut makin membesar. tambahan pula suaminya hanya bekerja dengan gaji yang cukup untuk tampung mereka berdua sahaja. dan juga campur tangan pihak keluarga suami menambahkan stress kawan aku ni..

disebabkan kawan aku tak pergi exam..dia kena buang. tapi tabahnya dia disaat berbadan dua, kena buang belajar, sekarang suaminya pun telah berhenti kerja. dan mereka telah keluar dari rumah keluarga suaminya. menumpang di rumah kenalan. dan sekarang suami isteri sibuk mencari pekerjaan dan rumah sewa untuk memulakan hidup baru. bila aku call kawan aku tu tadi..tenang saja dia bercakap seolah-olah tiada masalah berat yang dia hadapi. siap boleh gelak-gelak..langsung tiada nada duka.

dalam hati aku..owh tabahnya dia... padahal aku yang hidup macam ni pun dah sikit-sikit rasa down...dia yang punya masalah besar ni pun relax je..

tabahkan dia??

aku akan tolong yang termampu dan sentiasa doakan dia, anak yang dikandungya selamat.. dan mereka dimurahkan rezeki. aku yakin, bila mereka suami isteri sanggup susah senang bersama, pasti tuhan akan memudahkan ujian yang mereka hadapi sekarang.

aku dedahkan masalah beliau di sini hanya untuk berkongsi apa yang boleh dijadikan ikhtibar..

ibu, engkau ratu hatiku


ibu...ibu..engkaulah ratu hatiku...

sempena hari ibu ni aku nak wish kepada ibu-ibu di seluruh dunia dan blogger-blogger yang bergelar ibu..selamat hari ibu...tanpa kalian, tiadalah lahirnya anak-anak bangsa yang bakal menerajui negara ni...terima kasih buat ibu-ibu yang melahirkan dan membesarkan kita.

dan sempena hari ibu..seperti tahun-tahun yang lepas memang kitorang adik-beradik akan meraikannya..tapi kali ni celebrate kat rumah makcik aku...mula-mula plan nak celebrate kat rumah je..tetiba semalam datang kak ija, sepupu aku borak-borak terus nak celebrate untuk semua makcik-makcik kitorang sekali..

apa lagi, malam semalam jugak sebok beli kek, cari bahan-bahan memasak dan pagi tadi pegi petaling street borong bunga..

siap tadi panggilkan jugak orang-orang masjid..alang-alang buat doa selamat...

ada beberapa gambar je pun yang sempat aku amek..sebab sebok makan, borak, sampai tak sempat nak amek gambar..


ni la carnations yang kitorang beli..dan untuk menunjukkan kaseh sayang..kitorang pun balut n gubah-gubah sendiri bunga tu..padahal nak beli yang siap digubah tu mahal..so gunakan aje kepakaran menggubah..hantam saja..asal lawooo..muahaha



time ni maklang dapat bunga n hadiah from anak-anak..gambar kitorang n mama tak boleh nak upload kat sini sebab pic tu ade dalam camera kezen aku..


para ibu yang diraikan..

abaikan 2 kanak-kanak disitu..ntah camna lak tersesat..

muka blogger harus ado...muahaha..


lepas lepak..borak-borak..gelak-gelak..makan-makan..kemas-kemas..harus la balik..lalalala

mama..akak sayang mama..

Monday, May 4, 2009

fikirkan TAK BOLEH?? - from IK



Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai
memandang rendah dengan kebolehan diri sendiri- perasaan fikirkan
tidak boleh.

Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri
bahawa "Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal". Setiap
kali peluang atau keadaan hadir didepan anda, pemandangan anda
menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.

Pakar psikologist, Abraham Maslow mengatakan; memandang rendah
dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun
tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa
yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya.

Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor (di
mana Eddy Murphy menjadi seorang yang gemuk Professor Sherman) dan
ketika beliau ingin menurunkan berat badannya, beliau ke gym dan
bersenam sambil berkata "Yes I can!... Yes I can!".

Anda juga perlu menjadi seperti ini (bukan menjadi gemuk!). Setiap
kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran
dalaman anda yang sering mengatakan "tidak boleh" kepada "Saya
Boleh! Saya Boleh".

Teknik melawan fikiran tidak boleh ini dinamakan affirmation dan
walaupun bunyi kelakar (corny), ia amat efektif. Ulangkan dengan
megucap "Saya boleh" berkali kali... perlu ucapkan! Bukan cakap
dalam hati sahaja...

Saya pula selalu membayangkan Professor Sherman setiap kali! Mesti
saya tersenyum ketika berhadapan dengan keadaan "Fikirkan Tak
Boleh".
taken from my email box..
-thanks to my IK yang selalu forward emel-emel bermotivasi-

Saturday, May 2, 2009

saja -saja


ntah kenapa cuti kali ni aku rasa lama sangat..semalam aku ingat hari sabtu..hari ni pulak aku ingat dah hari ahad..kenapa ya?? tapi apa-apa pun esok masih ada lagi waktu untuk aku bercuti-cuti malaysia yer..wahhh..sukaaaaaa..

tadi keluar lagi..sebenarnya plan asal nak keluar dengan aye je..dia mintak tolong aku ajar selok belok naik STAR pegi ke BNM..sebab hari isnin ni dah start kerja kat sana..tak sia-sia dia dapat kakak yang pandai naik lrt ok..sebab aku memang pakar bab-bab redah kl naik public transport..lain la adik aku, keluar mana-mana pun naik kereta..dah lama duduk sini setahun adalah 2,3 kali kot naik public transport.

tengah aku dan aye nak siap-siap keluar..rupanya satu family pun nak join journey naik lrt..haah tak pernah-pernah abah dan mama nak naik lrt..tapi hari ni saja-saja nak jalan kl naik lrt..ape lagi..joooommmm

tengok la some pic yang aku amek time journey maluri-bandaraya..

kat stesen star maluri..

ngeh-ngeh..ghopa pemandu pelancong tak bertauliah

selepas brenti kat bandaraya..aku, aye dan awe carik jalan ke BNM..tak la susah dan jauh mana pun dari stesen star bandaraya ke BNM..cuma keluar je stesen bandaraya kene cross jalan guna jejantas..itu je..tapi aye kan x pernah nak jalan kaki jauh-jauh..memang dok ngomel jauh la..padahal 5 minit pun tak sampai..huh manja tol adik aku nih..tu la padahnya kalau memang jenis keluar jalan naik kereta ajork..

dah jumpa jalan ke BNM..takkan la terus balik rumahkan??? fenattt aku bersiap bagai kalau keluar skejap je..haruslah singgah memana..kebetulan memang sah-sah SOGO yang paling dekat kat situ..jadi harus singgah..aku pun dah lama tak ke sana..mana nak tau ada sale besar-besaran..wah-wah memang ade sale ngkau...sale sampai 17 MAY ni..ramai-ramaila serbu sogo ok pasnih!!! tapi aku tengah ala-ala kekeringan so tutup-tutup mata la jugak..hanya window shopping gitu..

gupenyer mak aku yang lebih-lebih tau...siap belikan shirts, jeans untuk adik-adik lelaki aku.. memang less betol..kitorang la si kakak-kakak fenat memilih untuk dorang..

orang kat dalam sogo punyalah ramai ngkau..memang membeli sakan..hairan pun ada..kata ekonomi gawat tapi aku tengok rakyat malaysia ni dok macam tu jugak..shopping..shopping dan shopping...

lepas shopping baju seluar adik-adik aku kat tingkat atas..kitorang turun ke level bawah pulak..mak iahh lautan manusia tak kira lelaki dan perempuan berkerumun kat tengah-tengah bangunan sogo tu..si perempuan of coz dok sebok pilih handbag...yang lelaki pilih-pilih baju..

aku pun lalu jugak celah-celah lautan manusia tu..sambil tu tangan dok gatai gak belek-belek beg..sekali aku tersambar handbag yang cantek daa...ape lagi, memang aku sambarlah..kalau tak sure tak tido malam teringat handbag tu..aku ni dah la jenis susah skit nak membeli dan suka pada satu-satu barang..ngeh-ngeh sangat hepi dapat beli bag yang cantek dan murah :)


lepas bershopping harusla balik awal sikit..sebab nak kena balik naik lrt..sampai maluri abah amek kereta kat jj maluri..then before balik harus singgah makan..singgah makan kat area rumah ajo..makan nasik lemak orang penang..perghh sedap..

balik rumah tengok AF selang seli AIM..AF ala-ala theatre musical agak menghiburkan bagi aku..cuma aku dah macam bosan la nak tengok..masing-masing takdak aura..pastu aku dah boring haruslah update blog..muahaha..

update untuk khamis dan semalam


khamis

hari khamis aku berniaga macam biasa ngan family. tapi excited nak kemas awal-awal sebab hari jumaat kan cuti-cuti mesia..hehe..dah kemas awal so sampai rumah pun awal la. tapi tak boleh la terus rehat kene kemas-kemas umah dulu sebab kezen aku nat, her parents n opah nak datang umah..

bila nat datang je umah, mula la borak sakan..tapi paling excited borak pasal preparation for her wedding day.. lagi 2 minggu je..aku pon excited jugak ni. sebab time nat kawin nanti boleh jumpa member-member sekolah yang lain. kebetulan aku dan nat dulu satu sekolah. satu geng. and nat berjodoh pulak dengan kawan sekolah kitorang. so memang nanti time kenduri kawen tu ibarat macam gathering bainunians jugak lah.hehe

borak-borak sampai 2am..pastu dorang pun bertolak balik ipoh..

jumaat

semalam memang sakan berjalan ok. dah tido lambat for sure aku bangun lambat. dalam pukul 10++ baru bangun. mandi-mandi then terus mama, abah ajak lunch kat luar..dah tu masing-masing pun malas nak masak.. aye plak suggest makan kat restoran kat area kajang..tempat dia slalu lunch. tapi bila kitorang pegi hampanya sebab restoran tu tutup la plak.
nasib kat area tu ada lagi restoran yang bukak. so kitorang pun singgah makan kat restoran ni.

makanan kat sini boleh tahan sedap. sebab memang kena dengan selera kampung aku..harga pun boleh tahan..so sesapa yang tersinggah kat area kajang dan tak tau nak pegi makan kat mana boleh singgah ke kulaifornia restaurant ni. satu hal yang buat tertarik kitorang nak makan kat sini sebab KULAIFORNIA..kulai kan tempat kelahiran mawi. pastu asyik teringat si zainal alam kadir suka cakap KULAI = KULAIFORNIA.. kadang-kadang pemilihan sesuatu nama bagi bisnes tu amat penting.. kerna dari nama tu jugak boleh menarik perhatian customer.

lepas makan..terus ke pekan kajang. abah, adik-adik lelaki aku pegi tempah baju melayu untuk raya nanti. kalau tempah last minute sah-sah harga tempah tu akan double. lepas tempah bagai..haruslah pergi ke destinasi seterusnya..

owh, makin kerap pulak kami ke NILAI3.. bukan sesaja jalan..aku nak cari boxes untuk door gift nat kawin nanti..kebetulan kan haritu aku ada buat gift untuk tempahan kawin.. so nat kata macam cute plak gift yang aku buat tu.. jadi aku pun nak buat door gift untuk nat nikah..tapi kali ni aku pilih box warna silver dan reben maroon..cuma terkilan la box yang design lawa tu dah abis..so aku pilih yang lain.. nanti dah siap aku jaja kat sini ok..lalalala..sesapa yang rasa nak tempah nanti boleh bagitau aku ya!

dah nama pegi ke nilai3 tu macam rambang mata ok..siap shopping kasut, kain baju kurung sorang spasang, selendang..pastu beli baby t..ngeh ngeh..murah-murah aje..aku kan suka menda-menda yang murah tapi cantek..



kedai kat nilai 3..ada sesetengah kedai yang tak bagi amek gambar..tapi aku amek sembunyik-sembunyik..hehe


gedung nilai3..kat sini banyak kedai -kedai di kiri dan kanan..

tetiba nak jaja muka..muahaha

aku dan awe..pesal aku buat mata terbeliak camtu??

dah malas nak update..ada je banyak yang tak aku cerita kat sini..nanti-nanti lah.. petang ni rasa nak keluar lagi..kalau tak hujan kira on la..hujan aku lepak je la umah..tata