aku rasa aku tak cukup cekal dah tabah..sebab tu ujian untuk aku tak la berapa berat nak dibandingkan dengan ujian tuhan pada manusia yang lain..sebab telah dijanjikan tuhan yang kita akan diturunkan ujian yang setimpal dengan kemampuan manusia itu sendiri..
cerita pasal ketabahan..kawan aku sorang ni..dah lama aku dan dia berkawan..kongsi suka duka bersama pada zaman sekolah dulu..walau kawan silih berganti..tapi dia dan aku masih bertanya khabar..
dia pelajar yang cemerlang..masuk ke universiti pun dia cemerlang..dan sehinggalah dia terjatuh hati pada seorang pemuda. cinta pertama.. pada mata kawan-kawan..mereka memang loving couple..dan kami yakin jodoh mereka akan berpanjangan hingga ke alam perkahwinan..
aku masih ingat selepas aku grad, dia masih lagi di universiti untuk menghabiskan lagi 2 semester..dari situ menjarakkan hubungan kami. sebab masa tu aku telah bekerja. bila sudah lama tidak mendengar khabar...aku kembali menyapa dia..dia beritahu aku yang dia telah berkahwin..terperanjat juga..angin takdak ribut takdak..sudah berkahwin kawan aku ni..tapi bukan berkahwin dengan pilihan hati..rupanya dia kecewa lalu berkahwin dengan pemuda yang datang menyapa kala dia dilanda kekecewaan.
rupanya sepanjang dia menyepikan diri, percintaan 5 tahun itu terhenti di tengah jalan..dan pembelajarannya pun semakin merosot. salah siapa?? mungkin jarak yang menjadi pemusnah cinta mereka..kalau dulu sentiasa bersama. bila sekarang sudah berjauhan, lalu terujilah cinta hingga mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing..
aku pun agak sedih..sebab aku kenal dengan pemuda itu..dia juga sudah jadi kawan aku..rupanya tiada jodoh antara mereka.
dalam masa yang sama aku tumpang gembira sebab dia sudah punya seseorang bergelar suami. cuma kawan aku ni berkahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarganya. tapi alhamdulillah, dia gembira dan bahagia. pembelajarannya pun semakin baik.
dalam kegembiraan itu, dia diuji lagi..dia telah berbadan dua..semasa dia tahu dia berbadan dua, dia sedang menduduki final year exam..mungkin disebabkan stress, kawan aku ni tak menduduki ke semua exam tersebut. kawan aku ni stress mungkin disebabkan dia belum bersedia untuk bagitau family dia yang dia telah berkahwin. sedangkan perut makin membesar. tambahan pula suaminya hanya bekerja dengan gaji yang cukup untuk tampung mereka berdua sahaja. dan juga campur tangan pihak keluarga suami menambahkan stress kawan aku ni..
disebabkan kawan aku tak pergi exam..dia kena buang. tapi tabahnya dia disaat berbadan dua, kena buang belajar, sekarang suaminya pun telah berhenti kerja. dan mereka telah keluar dari rumah keluarga suaminya. menumpang di rumah kenalan. dan sekarang suami isteri sibuk mencari pekerjaan dan rumah sewa untuk memulakan hidup baru. bila aku call kawan aku tu tadi..tenang saja dia bercakap seolah-olah tiada masalah berat yang dia hadapi. siap boleh gelak-gelak..langsung tiada nada duka.
dalam hati aku..owh tabahnya dia... padahal aku yang hidup macam ni pun dah sikit-sikit rasa down...dia yang punya masalah besar ni pun relax je..
tabahkan dia??
aku akan tolong yang termampu dan sentiasa doakan dia, anak yang dikandungya selamat.. dan mereka dimurahkan rezeki. aku yakin, bila mereka suami isteri sanggup susah senang bersama, pasti tuhan akan memudahkan ujian yang mereka hadapi sekarang.
aku dedahkan masalah beliau di sini hanya untuk berkongsi apa yang boleh dijadikan ikhtibar..
Sunday, May 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment