penjejak tegar

Saturday, May 2, 2009

update untuk khamis dan semalam


khamis

hari khamis aku berniaga macam biasa ngan family. tapi excited nak kemas awal-awal sebab hari jumaat kan cuti-cuti mesia..hehe..dah kemas awal so sampai rumah pun awal la. tapi tak boleh la terus rehat kene kemas-kemas umah dulu sebab kezen aku nat, her parents n opah nak datang umah..

bila nat datang je umah, mula la borak sakan..tapi paling excited borak pasal preparation for her wedding day.. lagi 2 minggu je..aku pon excited jugak ni. sebab time nat kawin nanti boleh jumpa member-member sekolah yang lain. kebetulan aku dan nat dulu satu sekolah. satu geng. and nat berjodoh pulak dengan kawan sekolah kitorang. so memang nanti time kenduri kawen tu ibarat macam gathering bainunians jugak lah.hehe

borak-borak sampai 2am..pastu dorang pun bertolak balik ipoh..

jumaat

semalam memang sakan berjalan ok. dah tido lambat for sure aku bangun lambat. dalam pukul 10++ baru bangun. mandi-mandi then terus mama, abah ajak lunch kat luar..dah tu masing-masing pun malas nak masak.. aye plak suggest makan kat restoran kat area kajang..tempat dia slalu lunch. tapi bila kitorang pegi hampanya sebab restoran tu tutup la plak.
nasib kat area tu ada lagi restoran yang bukak. so kitorang pun singgah makan kat restoran ni.

makanan kat sini boleh tahan sedap. sebab memang kena dengan selera kampung aku..harga pun boleh tahan..so sesapa yang tersinggah kat area kajang dan tak tau nak pegi makan kat mana boleh singgah ke kulaifornia restaurant ni. satu hal yang buat tertarik kitorang nak makan kat sini sebab KULAIFORNIA..kulai kan tempat kelahiran mawi. pastu asyik teringat si zainal alam kadir suka cakap KULAI = KULAIFORNIA.. kadang-kadang pemilihan sesuatu nama bagi bisnes tu amat penting.. kerna dari nama tu jugak boleh menarik perhatian customer.

lepas makan..terus ke pekan kajang. abah, adik-adik lelaki aku pegi tempah baju melayu untuk raya nanti. kalau tempah last minute sah-sah harga tempah tu akan double. lepas tempah bagai..haruslah pergi ke destinasi seterusnya..

owh, makin kerap pulak kami ke NILAI3.. bukan sesaja jalan..aku nak cari boxes untuk door gift nat kawin nanti..kebetulan kan haritu aku ada buat gift untuk tempahan kawin.. so nat kata macam cute plak gift yang aku buat tu.. jadi aku pun nak buat door gift untuk nat nikah..tapi kali ni aku pilih box warna silver dan reben maroon..cuma terkilan la box yang design lawa tu dah abis..so aku pilih yang lain.. nanti dah siap aku jaja kat sini ok..lalalala..sesapa yang rasa nak tempah nanti boleh bagitau aku ya!

dah nama pegi ke nilai3 tu macam rambang mata ok..siap shopping kasut, kain baju kurung sorang spasang, selendang..pastu beli baby t..ngeh ngeh..murah-murah aje..aku kan suka menda-menda yang murah tapi cantek..



kedai kat nilai 3..ada sesetengah kedai yang tak bagi amek gambar..tapi aku amek sembunyik-sembunyik..hehe


gedung nilai3..kat sini banyak kedai -kedai di kiri dan kanan..

tetiba nak jaja muka..muahaha

aku dan awe..pesal aku buat mata terbeliak camtu??

dah malas nak update..ada je banyak yang tak aku cerita kat sini..nanti-nanti lah.. petang ni rasa nak keluar lagi..kalau tak hujan kira on la..hujan aku lepak je la umah..tata

2 comments:

Anonymous said...

ade org kata brg kat nilai tu mahal tp aku tak suka gie cz x sggup nak berpanas.. =p

initrahartini said...

muahaha..memang panas..tapi kat situ je yang banyak choice..redah gak la panas2..