penjejak tegar

Friday, August 21, 2009

sudah ada port baru

lame betul tak singgah dan update blog..kalau singgah pun sekejap je..hehe...bukan apa..dah ada port baru yang cam BESTTT je..lagi pun takde menda la nak story mory skarang..hidup macam ni je..

tapi jangan risau..aku slalu je singgah kat blog-blog korang...

sempena kita akan menyambut kedatangan Ramadhan ni..aku harap Ramadhan kali ni bakal memberikan aku seribu peluang untuk aku berubah dan mengumpul seberapa banyak pahala..SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN yer korang!

sok ada tak sesapa yang lepak area MALURI?? silalah datang ke gerai aku..ade la skit-skit kenduri sempena ramadhan...senang buat kenduri kat gerai je..senang ajak customer dan orang masjid skali..

kalau selama aku berblog ni..ada yang terasa hati dengan tulisan-tulisan aku..harap maaf yer..aku tak sempurna..

salam..moga bertemu lagi..

Friday, August 7, 2009

esok..

banyak benda nak kena setel esok. banyak jugak peristiwa dan aktiviti.

08.08.09

esok... abah ke negeri jelapang padi..tu la orang cakap, kasih ayah..demi anak sanggup je. walau jauh tak apa, asal dapat memenuhi kemahuan si anak dan melaksanakan tanggungjawab.

esok, masihkah kau ingat pada tarikh itu? 08.08.08.. bagiku ianya masih segar di ingatan..

esok ialah hari ulang tahun perkahwinan fasyah..setahun dah berlalu ya..kamu semakin meniti bahagia..aku rasa macam baru saja jejak kaki ke gopeng untuk menghadiri majlis perkahwinanmu..lekas-lekas timang anak.

esok juga adalah hari bahagia buat blogger - cikda..cikda, thanks atas jemputan.. saya masih tidak boleh menghadirkan diri atas urusan yang amat amat tidak boleh dielakkan..amat terharu, kita hanya kenal melalui blog..tapi saya terasa macam kita dah lama berkawan.congrats!!! dan doa saya anda berbahagia di samping yg tersayang.

esok juga adalah reunion dengan bebudak seuniv dulu.. khabarnya ramai jugak yang akan join. tapi aku masih lagi tak boleh menyertai kalian..

esok, masih banyak kerja yang perlu diselesaikan. selagi hayat masih ada..hidup ini perlu kerja...kerja..kerja..

Tuesday, August 4, 2009

apa jenis orang lo..

kadang-kadang aku tak rasa rakyat malaysia ni peka dengan isu semasa walau kita sering dikaitkan sebagai warga malaysia yang penuh budi bahasa..

kisah pagi ahad lalu..lepak di laman rumah. tetiba asap berkepul-kepul ditiub angin masuk ke laman rumah. baju yang tengah berada di jemuran dah mula bau asapkan.. hangin jugak. aku intai ke luar pagar.. agaknya sapalah yang ngong sangatkan bakar sampah? rupanya jiran selang dua tiga rumah. dia nampak aku senyum bermakna. tapi tetap diteruskan juga niat membakar sampahnya itu..

agaknya pakcik tu sibuk kot. tak sempat nak baca surat khabar dan tengok berita. dah sah-sah sekarang ni jerebu. dan cheras antara tempat yang agak membimbangkan. dan di tambah penyakit sesema babi..

tolonglah peka..nak hapuskan sampah, banyak lagi caranya..

tolong ya jangan bakar sampah buat masa sekarang..tolonglah sama-sama atasi masalah yang melanda seluruh dunia ni..walau tak secara besar, kecil pun memadai..

Sunday, August 2, 2009

PROMOSI BISKUT RAYA !!


salam..yer aku tau raye adalah lambat lagi..puasa pun belum lagi kan??? tapi aku dah mula sibuk buat promosi biskut raya 2009..hari ni je dah ada yang tempah 4 jenis biskut raya. itu untungnya promote awal2..hehe..alang-alang dah buat..aku pun tolong letakkan skali antara biskut-biskut raya yang bakal jadi santapan korang di hari mulia nanti.. :)

dont worry...aku dan family dah berpengalaman selama 20 tahun ++ dalam membuat biskut raya. so kitorang dah tahu apa yang diinginkan oleh pelanggan- pelanggan kami. yang paling penting, semua biskut raya kami menggunakan butter, bukannya marjerin..kebanyakan pelanggan kami sekarang adalah regular customer.

tapi, kebetulan aku ade blog, aku cuba untuk meluaskan empayar perniagaan keluarga aku melalui internet..insyaAllah, blog khas untuk PROMOSI BISKUT RAYA 2009 akan aku buat untuk memudahkan pelanggan untuk order berpandukan blog tersebut. tunggu.....

ok, here some of our home made cookies..orang yang tempah ni dari putrajaya..katanya setelah raya sample biskut tu, terus dia teruja ok nak tempah and makan..hehe..
semperit pun ada untuk ditempah..biskut lama2 tetap jadi pujaan..

SEMPERIT
- 100 biji / RM 34
- 50 biji / RM 17

(dalam bekas di atas ada 50 biji yer..so kalau korang beli 100 biji adalah 2 bekas)

biskut MAMA CARRIES

MAMA CARRIES
- 100 biji / RM 34
- 50 biji / RM 17
terdapat 3 perisa
- vanilla (puith)
- strawberry ( pink )
- pandan ( hijau ) tiada di dalam gambar.

biskut baru....crunchy oat delight

CRUNCHY OAT DELIGHT

- 100 biji /RM 38

-50 biji / RM 19

biskut baru....chocolate rice bar..bagi penggemar coklat

chocolate rice bar

- 100 biji /RM 38
- 50 biji / RM 19



ni paling polular..rasanya dari mula buat biskut raya, ni antara biskut yang mula-mula kitorang buat...dan still dapat permintaan tinggi sampai sekarang.. ALMOND LONDON


ALMOND LONDON
- 100 biji / RM 44
- 50biji / RM 22


aku dah survey harga pasaran..buat masa ni harga yang kitorang letak adalah berpatutan. contoh ALMOND LONDON di pasaran adalah RM 50..tapi pembelian melalui kami hanya
RM 44..