penjejak tegar

Friday, August 7, 2009

esok..

banyak benda nak kena setel esok. banyak jugak peristiwa dan aktiviti.

08.08.09

esok... abah ke negeri jelapang padi..tu la orang cakap, kasih ayah..demi anak sanggup je. walau jauh tak apa, asal dapat memenuhi kemahuan si anak dan melaksanakan tanggungjawab.

esok, masihkah kau ingat pada tarikh itu? 08.08.08.. bagiku ianya masih segar di ingatan..

esok ialah hari ulang tahun perkahwinan fasyah..setahun dah berlalu ya..kamu semakin meniti bahagia..aku rasa macam baru saja jejak kaki ke gopeng untuk menghadiri majlis perkahwinanmu..lekas-lekas timang anak.

esok juga adalah hari bahagia buat blogger - cikda..cikda, thanks atas jemputan.. saya masih tidak boleh menghadirkan diri atas urusan yang amat amat tidak boleh dielakkan..amat terharu, kita hanya kenal melalui blog..tapi saya terasa macam kita dah lama berkawan.congrats!!! dan doa saya anda berbahagia di samping yg tersayang.

esok juga adalah reunion dengan bebudak seuniv dulu.. khabarnya ramai jugak yang akan join. tapi aku masih lagi tak boleh menyertai kalian..

esok, masih banyak kerja yang perlu diselesaikan. selagi hayat masih ada..hidup ini perlu kerja...kerja..kerja..

No comments: