kadang-kadang aku tak rasa rakyat malaysia ni peka dengan isu semasa walau kita sering dikaitkan sebagai warga malaysia yang penuh budi bahasa..
kisah pagi ahad lalu..lepak di laman rumah. tetiba asap berkepul-kepul ditiub angin masuk ke laman rumah. baju yang tengah berada di jemuran dah mula bau asapkan.. hangin jugak. aku intai ke luar pagar.. agaknya sapalah yang ngong sangatkan bakar sampah? rupanya jiran selang dua tiga rumah. dia nampak aku senyum bermakna. tapi tetap diteruskan juga niat membakar sampahnya itu..
agaknya pakcik tu sibuk kot. tak sempat nak baca surat khabar dan tengok berita. dah sah-sah sekarang ni jerebu. dan cheras antara tempat yang agak membimbangkan. dan di tambah penyakit sesema babi..
tolonglah peka..nak hapuskan sampah, banyak lagi caranya..
tolong ya jangan bakar sampah buat masa sekarang..tolonglah sama-sama atasi masalah yang melanda seluruh dunia ni..walau tak secara besar, kecil pun memadai..
Tuesday, August 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment