penjejak tegar

Wednesday, December 15, 2010

hati girang, barlagu riang


tuhan itu maha berkuasa...subhanallah

tuhan jadikan makhluknya dengan pelbagai rasa/ perasaan...

kala ini saya rasa mahu tersenyum walau suasana sekeliling tidaklah memaksa saya untuk melakukan sedemikian...

Allah, terima kasih kerna meminjamkan rasa bahagia ini...



bnyk cerita!!!


makin lama makin malas ke sini~

tapi makin lama, makin cerita..

cuma rasa malas nak berkongsi disini...

tertunggu-tunggu, bukanlah perkara yang enak dalam hidup ini..

sama ja kan macam ternanti-nanti..hehe

tapi tercari-cari...ketemu akhirnya!!! membuat hati begitu girang!!!! terubat rindu di hati ok!!!

apa ceritanya??? pikir-pikirkanlah sendiri!!!




Sunday, October 24, 2010

my new blog dah ado...

wah,.baru je kate x nak update blog kat sini kan..tp tetiba cam terajin mau update...dgn kecanggihan teknologi n kesenangan yang ado kat blogspot ni, tros aku leh bukak blog bisnes baru aku...tanpa modal (kalo ade pon kene bayar skit kat TNB n TM..hehe)..tapi tak lah besau modalnyer macam ko nak bukak kat umah kedai...

dah siap aku publish k..namo pun dah ado..tetiba je tadi kua ide nak letak namo harts to heart...sedap x???kalo x sedap pon aku tetap suka..hehe..or any suggestion??? akan dipertimbangkan...n aku bagi le upah skit..n mestilah sebijik kek..hehe

harts is came from my name..hartini..tp jadi harts sebagai penyedap sebutan.

to heart pulak maksudnye produk yang aku buat tu kualitinya adalah sebaik-baik dari hati aku untuk pelanggan-pelanggan aku...maka terhasillah harts to heart..

nanti aku update lagi...mo tido...so mau pulun2..

Saturday, October 23, 2010

lama beno...

bak cakap orang perak...lame beno keme x nyinggah kat blog keme ni...dah lupa-lupa lalat dah yang keme ade blog..hehe..ni suma sebab fb yg menyenangkan keje keme utk update pasal diri keme..

maybe lepas ni lagi lama kot aku update blog sebab aku cadang nak bukak blog yang lagi baru...tapi tu blog untuk bisnes..takmo la campur aduk cite bisnes dan hal peribadi kan...apa-apa pon blog ni sentiasa on walaupun aku jarang update..senang kot nak war-warkan pasal blog baru nanti..kecian blog ni kan..huhu..

doakan keme sukses ya!!!

Thursday, August 5, 2010

pelik tp BENAR.

baru je tadi aku rasa macam ruang hati ni gelisah tak tentu pasal. bila gelisah , rasa macam nak sebak pun ada..perasaan macam bercampur baur.tapi aku patut berterima kasih pada blog aku yang sudah beberapa lama aku tinggalkan, kerna mengembalikan mood tidak baik itu kepada perasaan senang. alhamdulillah, hati dah tenang. tenang disebabkan buat perkara mudah. hanya menukar background blog aku yang dah bersawang ni je. hebat betul kuasa Allah. dari gundah kepada tenang. kalau perasaan tadi masih gundah, pasti aku dah melalut cerita ntah pape kat sini..hehe

bersawang-bersawang blog aku ni ada gak yang rajin singgah. aku tak pastilah sapa, tapi adalah..mungkin tersesat kot. yelah, tulisan aku bukannya karya agung nak dibaca. tapi memang tujuan aku berblog lebih kepada suka meluah kata hati. bukan tujuan untuk sapa-sapa..bagi yang terlanjur baca, trimas ya!!!

pejam celik pejam celik...ramadhan bakal singgah sekali lagi..thanks Allah, aku masih boleh merasa suasana ramadhan. tak sabar rasanya nak mulakan berpuasa. dan merasa suasana ramadhan. bagi aku ramadhan yang paling best semasa aku study di sekolah asrama dan di uia. ramadhan bersama kawan-kawan memang meriah. itu cerita dulu, tinggal kenangan. sekarang suasananya masih ada cuma tak seperti dulu. rindu~~

dah pukul 1, tulisan aku makin hilang arah. tapi aku suka. tulisan yang bebas begini. tak perlu fokus. ianya betul-betul keluar dari hati. seperti hati aku yang berkata-kata. boleh buat aku tersenyum. (^_^)

Tuesday, July 6, 2010

masih...

rupanya masih ada yang sudi membaca tak pun terklik kat blog saya kan...saya semacam lupa blog ni pernah menjadi tempat saya selalu bertandang untuk meluah..ni semua kerja FB, di mana lagi mudah untuk saya mencatat segala aktiviti harian...

wish satu hari nanti saya kembali bergiat di sini...masih, seru tu belum lagi sampai...

wassalam

Monday, May 31, 2010

2 days was my beautiful days..

just went back from i***...kadang-kadang bila sesekali dapat berjumpa dengan seseorang yang dirindu, masa itu perlu sangat-sangat dihargai..saya bertemu dia setelah 2 bulan tidak berjumpa. perasaan sangat la gembira. dia cakap pipi saya tidak lagi setembam dulu. padahal saya tidak pon berdiet. makan lagi adalah..hehe..

paling penting seharian tu kami dapat bersama. berbual perkara-perkara yang tak dapat dibincangkan melalui talian, sms.

lepas ni, ntah bila kita mau berjumpa lagi?? saya sudah mula rindu dia..huhu

Sunday, May 23, 2010

benarkah???

mungkin aku dah jarang berblog disebabkan aku dah ada akaun FB. tapi lately aku pun dah malas nak jenguk selalu kat FB melainkan kalau ada benda-benda yang menarik saja. paling tertarik kalau ada kuiz-kuiz yang berkaitan dengan keperibadian. mesti cuba!!! dan ini salah satu hasil analisa tentang keperibadian aku memalui gambaran rumah aku..ada yang betul dan ada yang kurang tepat..

Dear Nor Hartini, Anda telah menggambar sebuah rumah. Berikut adalah analisanya:
웃 : Anda sensitif dan ragu-ragu sepertinya. -adakala betul
웃 : Anda adalah penyuka kebebasan dan orang yang kuat. ya, sy suka kebebasan!!!
웃 : Anda mencintai rumah Anda dan keluarga. - semestinya!!
웃 : Anda adalah seniman yang sangat berbakat. cuma aku tak suka dunia glemss!
웃 : Anda orang yang sangat rapi. -yup,btol.
웃 : Hidup Anda selalu penuh perubahan. -sngt betol! pendirian tak tetap!
웃 : Anda akan menghindari sendirian, -tak jugak.
웃 : dan mencari pendamping jika memungkinkan. -kadang2 perlu!
웃 : Anda suka kegembiraan dan menciptakannya kemanapun Anda pergi. - yup!
웃 : Anda adalah orang biasa dan low profile. -btul2!!
웃 : Anda juga akan bertemu keberhasilan dalam hal-hal penting, - ntah la..
웃 : tanpa banyak kesulitan. - penuh kesulitan la life aku!
웃 : Anda melihat dunia apa adanya. -yer...
웃 : Pada dasarnya Anda bukan orang yang romantis. - pls, aku romantis jgk..ahaha
웃 : Kami juga melihat bahwa Anda sensual, suka seksual, dan bergairah. -camna ko tahu?!!pelik..
웃 : Anda tidak berpikir banyak tentang diri Anda. - bnyk da..bnyk fikir utk future da..

Publish to wall

...

-aku selalu mengingatkan diri ini, perlu bersabar, perlu bersabar..kerna dengan kesabaran itu pasti wujud sesuatu yang aku tunggu selama ini.

-sejak sebulan dua ni, terasa hidup agak tenang, hidup kurang ditemani air mata~~

-syukur, ........ ini masih bertahan. moga ia milikku selamanya.

-4 hari lagi...yeah, ipoh wait 4 me..

-doa dan harapan juga perlu, disamping kesabaran itu.

Saturday, May 1, 2010

bernyawa @ tidak?

aku masih bernyawa...jangan risau..cuma aku belum terpanggil panggil untuk berkongsi rasa disini buat masa ini..kesian, blog ini sudah lama tidak berupdate..bersawang...

lain kali aku update ya!!!

Monday, March 22, 2010

2121


sengaja abadikan disini..

E.S.O.K


e.s.o.k- hidup akan kembali seperti dahulu. aku tak mahu seperti mementingkan diri sendiri. jadi inilah keputusan yang perlu aku buat walaupun ianya berkaitan dengan kehidupan yang mendatang. bak kata orang, berkorban apa saja.

e.s.o.k- aku kembali menatap wajah-wajah yang lama. selamat bertemu kembali.

e.s.o.k- ntah apa yang akan menggambarkan perasaanku tentang esok.

e.s.o.k- moga esok-esoknya akan kembali lagi harapan dan sinar buatku.

Sunday, March 14, 2010

brill- iant??

ada yang bagitau aku...kalau nak berblog tu biarlah penulisannya lebih ke arah berkongsi buah fikiran..bercerita pasal isu semasa...senang cerita, penulisan itu kenalah ala-ala brilliant..

aku tahu, most of my entry ni semuanya kisah aku..ala-ala diary kan..

tapi bagi aku, bukankah bagus juga berkongsi pengalaman hidup dengan orang lain..setiap manusia melalui cara hidup, kesusahan, kesenangan dan pengalaman yang berbeza..bukankah itu juga boleh dijadikan pengajaran dan pelajaran.

aku suka membaca kisah blogger-blogger yang lain. bukan sebab aku ni jenis jaga tepi kain orang, tapi sejujurnya banyak benda baru yang aku pelajari dari kehidupan orang lain. contohnya ada beberapa blogger dah sampai tahap kehidupan yang selesa/ senang-lenang walaupun umur masih muda. jadi aku ambil dan pelajari dari kisah hidup mereka untuk terus aku majukan diri aku.

tapi ini pendapat aku lah...setiap orang kan punya pendapat dan pandangan masing-masing..

pendapat kalian?

Thursday, March 11, 2010

silakan..


orang kata, dari sikit-sikit..lama-lama boleh jadi bukit..
macam tu jugak dengan wang, kalau kumpul sikit demi sikit, boleh jadi harta.
kalau melabur sikit demi sikit, boleh jadi untung.

bagi sesapa yang berminat untuk melabur, tapi tidak tahu caranya;
sy sedia berkongsi ilmu dan tunjukkan cara :)

buat permulaan, apa kata anda layari website ini
http://www.premierfx.com/


sebarang pertanyaan, sila tinggalkan msg anda di sini.


#tetiba terasa ayat skema~~


Tuesday, March 9, 2010

F.O.R.E.X.

F.O.R.E.X.

ada sesapa yang tahu pasal forex?
atau ada sesapa yang nak tahu cara untuk dapatkan keuntungan dari perlaburan ini.
saya sedia berkongsi pengalaman dan ilmu..
do leave ur msg here ok :)


Saturday, February 20, 2010

20 feb 10..IZYAN's Wedding..

finally..dapat gather2 balik ngan my ex coursemates di majlis kawin IZYAN..kat taman sri andalas, klang.. walau dah lama tak jumpa korang, tapi skali dapat jumpa perangai still sama ok!!! macam jaman dolu-dolu...tak berubah...gelak n cakap xdenyer nak control2..owh, indahnya dapat merasa suasana yg sama macam dolu~~~ hepi2 (^-^)

gambar ihsan dari hooda LAWA~~~


pn IZYAN n husband..izyan sngt chantek..



bak kata hooda LAWA...

from left : solo, tunangan, solo, tunangan.. :p


ni 1st time dapat jumpa dorang..aku ni bukan gajin nak gi reunion bagai....anak as dah setahun lebih, tapi ni baru jumpa..haikal taknak tengok camera, malu diapit aunty cun2..ahaha



kat bilik izyan..yg sweet, simple, nice..



ayu la kunun~~

bila mau jumpa lg??? lepas ni turn shud n tisham..lalala~~

Friday, February 19, 2010

berJUANG..berUANG..

....berJUANG memang pahit, kerana syurga itu manis.

....berUANG (berwang) memang manis, namun penuh dugaan.

Thursday, February 18, 2010

lagi 1 angka...saya sudah tua..tp saya juga masih muda

yer murid-murid...

26+1 jawapanya ape???

27 cikgu..

pandai-pandai..

tp aku makin tua makin d**** je..isk..isk..

selamat hari tua untuk diri sendiri..muahxx

Friday, February 5, 2010

a lil bit LAZZZZYYY

ya, aku akui tengah menjalar penyakit malas dalam diriku..
iaitu malas nak jenguk ke sini.dan tak tau sampai bila
sory ya...sudah lama tak update..bersawang sudah..
tunggu aku seru semangat untuk gigih menulis itu kembali
tunggu..

Wednesday, January 13, 2010

have to..

ketenangan hati dan mempunyai sifat mempercayai sesuatu, seseorang..inilah yang aku perlu cari dan perlu aku pelajari..

terima kasih pada seseorang yang telah menyedarkan aku tentang ini.

Monday, January 11, 2010

tentang perasaan ku kini~~

pergh..tak boley blah tajuk entri aku..

tapi ini je yang dapat menggambarkan perasaan aku ketika ni..


Sunday, January 10, 2010

masa = time


sebenarnya takda idea pun nak menulis...kemudian saja-saja aku belek gambar-gambar dalam simpanan...tertarik dengan keunikan bentuk jam-jam ini..comelkan??

teringat pulak aku suatu masa dulu, si kecil pernah bertanya.."along, kenapa MASA ITU EMAS, sebab EMAS TU BUKAN MASA PUN?? baginya EMAS = MASA??? tak masuk akal... fenin oh nak jawab..siap boleh dia tambah, ayatnya berbunyi.."kalau MASA TU EMAS, KAYALAH KITA BOLEH JUAL MASA"..wa, budak sekarang macam-macamlah soalannya..zaman aku dulu, kalau cikgu kata B, maka aku pun ikut je B..tanpa bantahan...bagi aku masa itu bukan saja EMAS, tapi melebihi dari itu..ianya amat berharga, terlalu berharga kerna tidak pernah sedetik pun masa yang berlalu itu dapat diundurkan waktunya kan??

Kumpulan nasyid RAIHAN pun pernah mendendangkan lagu mengenai masa..tak salah aku tajuknya DEMI MASA..

DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA KERUGIAN
MELAInKAN YANG BERIMAN DAN YANG BERAMAL SOLEH
INGAT LIMA PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


aku pun kadang-kadang terbabas jugak dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan masa..susah nak disiplinkan diri..moga setiap masa, adalah masa yang bermanfaat buat aku dan anda semua..

#tetiba malas nak membebel..hu~~

Saturday, January 9, 2010

strategi berhasil...sukanya~~~

malam semalam aku tak bole tido..lepak depan screen pc sampai pukul 4 am..huhu.tak pernah tidur selambat ini melaikan zaman belajar dulu la...

pastu aku tak tau nak wat apa...nak YM ramai yang tak online...busan..busann..

tetiba aku dapat satu idea untuk meningkatkan kadar ^&^$%%$%#$&* ...pastu aku pun mula wat plan dan lancarkan strategi...semalaman dok bertungkus lumus..dan akhirnya strategi itu berhasil jugak walaupun hasilnya tak seberapa..cepat ok hasilnya!!! sungguh aku tak sangka..dan kenapala aku tak boleh fikir dari dulu ok!!!!

pagi ni excited abis nak tengok impak dari strategi aku lagi!!! jenuh bagun awal tau..huhu..then...tarara...betul-betul ho liow...haha...MEMANG BETUL-BETUL BERHASIL!!!!! thanks kepada semua yang memberi kerjasama~~~~~ at least wat aku sikit happy hari ni..

malam ni nak pulun lagi....

Wednesday, January 6, 2010

kembali lagi? cepatnya..huih~

"percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan"

-menuju puncak @ AF-

kadang-kala naik muak dengar lagu ini pabila selalu dimainkan di tv, radio..tambah-tambah lagu tema ini akan dikekalkan lagi untuk musim yang ke lapan. tapi cuba dengar betul-betul setiap patah liriknya..penuh motivasi. memberi semangat. aku suka.

kebetulan aku terdengar lagu ini berkumandang di siaran astro. pencarian bakat-bakat baru sedang dijalankan. nampaknya demam akan bermula kembali!!! tapi aku dah tak demam dah. takdak aura~~

Monday, January 4, 2010

sedang melayan lagu ini (^,^)

orang kata, lagu yang tak sedap tapi dok berulang kali main di corong radio boleh jadi sedap..mula-mula takda la aku minat sangat lagu ni..tapi selalu dengar kat hotfm terus melayan..kalau ikutkan pada melodi, aku rasa biasa-biasa saja..cuma berkenan pada liriknya..

baris lirik paling BEST..

"Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita.."

ya...aku pilih derita..

Ahli Fiqir - Derita Merindu

L
Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya… bagaimana nak bahagia

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

L
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

P
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada, ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya… kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

L
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan…
Aku masih terkilan

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

L
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Friday, January 1, 2010

new day...new year...

salam..

salam tahun baru..
syukur, kerna masih dipanjangkan umur..
syukur, kerna masih diberi kesempatan untuk berjuang
saya tidak mahu mencapai, mensasar target yang begitu tinggi untuk tahun ini
cukuplah saya dapat langsaikan apa yang tak tercapai tahun lepas.

moga tahun ini kebahgiaan milik saya.
moga tahun ni saya dapat menggembirakan hati semua pihak
tahun ini saya mahu lebih sopan, lebih matang dan banyak-banyak bersabar.
dan meletakkan Allah, paling utama di dalam setiap urusan hidup saya.

tahun lepas...walau begitu banyak sekali yang saya inginkan tidak saya capai,
tapi memberi saya begitu banyak pengajaran.
saya harap saya belajar dari kesilapan. tidak bertangguh kerja.lebih yakin. tidak lama bersedih.

tahun ini...tiada sasaran melibatkan material.
hanya mahu memenuhi ruang hati dengan kegembiraan, ketenangan, serta mengembirakan hati-hati yang lain. cukuplah itu.

kalian? apa kalian harapkan untuk tahun ini?
mari sama-sama capai dan menuju impian :)