penjejak tegar

Monday, December 8, 2008

SELAMAT AIDIL ADHA..


gambar di atas aku amik kat yahoo jer..sory pada tuan empunya gambar..aku just nak kaitkan lembu ngan AIDIL ADHA yg bakal disambut esok..(ikutkan hari ni la sebab jam time aku nulih ni pukul 2:40)..yehoo sudah raya...okey..kepada sesapa yg terbaca blog aku esp my girl frends, boy frends, famly n sedara mara..(mcm la rami yg baca blog aku ok)..tak kesah la, aku amek kesempatan nak wis slamat hari raya aidil adha..pasti esok kita berkesempatan untuk melihat penyembelihan lembu, kambing secara besar2ran..aku pun sok kalau ada kesempatan pepagi lagi nak join tgk org sembelih lembu kat masjid kg malaysia..kali ni serasa aku lah, 1st time kitorang sefamily tak balik kg beraya..lagipun sedara sebelah abah suma dok pakat nak raya kat sini jer..so tak la sunyi sngt..
herm..bukan sesuka jer k kita celebrate aidil adha..ada kisah disebaliknya..iaitu kisah NABI IBRAHIM yg sanggup nak melakukan pengobanan besar demi perintah ALLAH..herm, bab agama tak pandai la aku nak crita..tp aku copy from website manetah (kat bwh ni) untuk menambah pengetahuan kita semua ttg sambutan AIDIL ADHA YG BERKAIT RAPAT DGN KISAH NABI IBRAHIM..silakan lah bacaan korang k.. :)
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam.
10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai
juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
eherm - mau duit raya.. :)

No comments: