Monday, December 29, 2008
salam maal hijrah
moga kita sama2 menjadi insan yg lebih baik :)
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat
Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Sunday, December 28, 2008
ape2 jelah
hari ni mmg lepak kat umah jer..adik2 aku n abah dok berendam kat sunway lagoon sejak pepagi td..sure mandi n main tak hengat la dorang..bukan aku taknak pegi tp mama nak lepak umah, so aku temankan mama sambil tgk live persandingan MAWI n EKIN kat astroPRIMA..wah, meriah giler n tumpang hepi la tgk dorang bahgia..
tak sangka lagi 3 hari kita akan tinggalkan 2008..bagi aku tahun ini tahun dugaan buat aku..stelah blaja selama 6 tahun dan berjaya genggam segulung ijazah bukan senang untuk aku dapatkan kehidupan yg aku impikan..segulung ijazah itu tidak menjanjikan kita akan berjaya keperingkat kehidupan yg seterusnya..
tahun ini jugak la yg bnyk mengajar aku erti hidup.. buat pengetahuan, sepanjang aku begelar pelajar mmg aku akui aku berada di dalam zon selesa..yelah, aku tidak punya tanggungjawab yg besar..sekadar belajar n huha huha ngan kawan2 jer..aku akui jugak, bila aku lepas jer grad aku mmg tak bersedia untuk tempuh kehidupan ala2 dewasa ni..aku tak bersedia untuk bekerja.. aku bukan takda matlamat hidup, cuma aku ni suka lalui jalan yg berliku sebelum sampai ke destinasi matlamat itu.. macam ayat aku..kan berbelit2 sebelum sampai ke objektif penceritaan kan??
ntah la, kali ni entri aku bnyk berbentuk luahan..unplanned untuk berentri..tu macam cacamerba skit entri kali ni..tak salah skali skala tulis menda yg orang lain tak faham..sebab tak semua yg aku nak publish di sini untuk tatapan umum..kadang kala buat kepuasan diri sendiri juga..
herm..moga2 2009 adalah tahun aku buat duit, tahun yg lebih bahagia n menjadikan aku WANITA yg berakhlak mulia, matang, sabar, tabah, memahami n penyayang..amin
Thursday, December 25, 2008
seseorang itu
Saturday, December 20, 2008
hari bahagia
Friday, December 19, 2008
pemberitahuan
aku nak gitau yang aku akan start bercuti dari 20.12.2008 hingga 05.01.2009..lamakan??jeles x??hehe
so mybe jaaarrraaannnggg update ok!! :)
eherm - izyan, tag ko aku tak wat lagi..lepas coti boley??
Wednesday, December 17, 2008
bnyk mau update tp...
Saturday, December 13, 2008
ceritera hari ini
pastu kul 2 camtu kene iringi kezen aku ke umah pengantin pompuan..yehoo makan nasik minyak lagi..nyum2~
balik ni tak tau nak wat apa..mybe wat BUN..
buat pengetahuan aku ni pengusaha BUN yg santai2..aku wat jual..dpt la skit2 duit hasil jualan bun..
aku wat bun sardin, bun kaya, bun kacang merah, bun kelapa..
ada sesapa yang nak jadik dealer bun aku??sila bgtau aku..aku nak kembangkan bisnes aku ni..
next2 time aku letak gambar BUN2 yg aku wat ok!!! now kene mandi n bersiap ~
Friday, December 12, 2008
x boleh tido..
jgnla buat aku tertanya2..jgn la buat aku rasa sangsi..aku hanya inginkan kebahgiaan..
tak layak kah semua itu untukku??
SUperMAN
I cant stand to fly
Im not that naive
Im just out to find
The better part of me
Im more than a bird..
Im more than a plane
More than some pretty face beside a train
Its not easy to be me
Wish that I could cry
Fall upon my knees
Find a way to lie
About a home Ill never see
It may sound absurd...
but dont be naive
Even heroes have the right to bleed
I may be disturbed...
but wont you concede
Even heroes have the right to dream
Its not easy to be me
Up, up and away...
away from me
Its all right...
you can all sleep sound tonight
Im not crazy...or anything...
I cant stand to fly
Im not that naive
Men werent meant to ride
With clouds between their knees
Im only a man in a silly red sheet
Digging for kryptonite on this oe way street
Only a man in a funny red sheet
Looking for special things inside of me
Inside of meInside me
Yeah, inside me
Inside of me
Im only a man
In a funny red sheet
Im only a man
Looking for a dream
Im only a man
In a funny red sheet
And its not easy,
hmmm, hmmm, hmmm...
Its not easy to be me
i really loooove diz lyrics..macam dekat jer dgn aku wpun jauh..huhu..tp lagu ni bnyk kenangan woo..dari skolah sampai dah tak skolah, lagu ini tatap menjadi pojaan ati ku..
Thursday, December 11, 2008
serba salah..
paham la aku..die soh aku beramal jariah..sroh aku merderma..pastu sempat dia oder susu panas n tros pegi minum kat satu sudut meja gerai kami..tp kad tadi dia biarkan je kat atas meja dapur..aku SERBA SALAH ok!!! ikutkan derma je la..stakat rm2 je kan..korang sure kata aku kedekut kan!!! tp aku ni fikir lain macam skit..
bagi aku, aku tak berapa YAKIN la kalo nak menderma mcm tu..kalo cakap sroh derma n sumbangan ikhlas tp KENAPA perlu letak RM2 tu?? aku ni jenis kalo nak derma sukati aku la nak derma berapa pun..bila aku nampak rm2 tu aku jadi tak syok nak derma..sebab mcm terpaksa je 'BAYAR RM2 untuk kad tu..tu bukan merderma bila dalam keadaan keterpaksaan..
tambah tak yakin, bila derma ini aku pun tak tau nak disalurkan kepada pihak mana??adakah benar2 untuk pihak yg memerlukan atau ianya sindiket..sorry sngt2..sebab mungkin la aku terlalu baca bnyk kisah pasal sindiket yg berupa sebegini mmbuatkan aku tak menderma walhal MENDERMA tu adalah satu amalan mulia dan PAHALA besar beb..tp aku tak suka menderma dalam keadaan yg was2..akhirnya boley jadi dosa..
last2 time pakcik tu bayar harga minuman..dia tnya lagi skali..'nak derma ke tak??' akhirnya aku TAK MENDERMA dan dia berlalu pergi dengan kad td..buat pengetahuan pakcik tu bukan OKU dan sihat je aku tgk..aku taknak dia amik jalan mudah untuk mencari rezeki..dan kita ni yg menggalakkan org2 sebegini membuat kerja mudah.
setelah dia berlalu pergi..jauh jalannya..aku berlari2 anak ke depan gerai untuk melihat kelibat pakcik tu..tp aku tak nampak ntah mana pakcik tu pergi..sebenarnya tetiba aku rasa AMAT BERSALAH..ntah la kenapa..aku fikir mcm menyesal plak tak derma kat pakcik tu..why not aku derma je n JGN FIKIR YG BUKAN2!!! lantak la apa yg dia nak wat ngan duit itu..yg penting kita derma n perbuatan dia tu TUHAN NAMPAK KAN???betulkan???
so moral of d story, lepas ni aku akan derma je..n jgn fikir yg bukan2!! setuju???
eherm - moga semua hambaNYA dimurahkan rezeki
3 in one..
setahun yg lepas..
10.12.2007 - aku jumpa seseorang atas urusan kerja..dan org tu buat aku sngt2 sakit hati..n aku sampai cam tak suka org tu sebab die buat aku down2.. n harap aku takkan jumpa org camtu lg..slamber jer org tu sound2 aku..kot yer pun jaga la hati keperempuanan aku nih sket..
10.12.2008 - tp setahun dah berlalu..aku tetap jumpa jugak org tu..tp situasi sudah berubah..tak la aku benci org tu lagi.tp jadi sebaliknya (paham2 je la..hehe)..ape2 jer masalah, org tu jugak yg aku carik..harap ada jodoh antara kami.STOP.x nak cite lebih2..aku malu.ahaha
dear..143..
eherm - bila mau jumpa org tu..
Tuesday, December 9, 2008
- ayat2 CINTA -
tp lagu n lirik AYAT AYAT cinta pun best jugak..punya mesej tersirat n tersurat.. kat bwh ni antara mesej lagu tersebut..
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
eherm - org tu cukup marah kalau aku nyanyi time lagu ni kua kat radio..cess.
Monday, December 8, 2008
BLOG AKU BUROOOKKK
hikmah disebalik???
malas aku nak ulas..sebab sure korang pun mengikuti insiden tanah runtuh kat bukit antaranbagsa ni kan..buat mangsa2 yg terlibat aku ucap takziah..walaupun kejadian tanah runtuh kali ni tak la melibatkan kehilangan nyawa yg banyk seperti kejadian 1993 di HIGHLAND TOWERS seramai 48 terkorban..kali ini hanya melibatkan 4 mangsa terkorban..tp NYAWA TETAP NYAWA DAN TIADA PENGGANTI..duit bukan segala2nya untuk diganti dgn nyawa..
SELAMAT AIDIL ADHA..
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
PERKAHWINAN yg menginsafkan..
Friday, December 5, 2008
baby dracula..
LELAKI2 POJAAN ku..
wupps..ni bukan pakwe aku..jauh skali die kenal aku..tp aku mmg dah lama ikuti kisah mamat ni...dari dier tak encem tros jadi emcem. dari die ni tak kayo tros jadi kayo, dari tak kawin n now dah ader anak2 ( melepas aku..hehe) n dari tak femes tros jadik femes.. mamat ni aku kenal sebagai IRFAN KHAIRI..n now dah ader title DR gitu..sesapa yg kenal IK nih mmg tau la jalan citer camna dier leh jadi JUTAWAN dalam usia yg muda - dgn hanya guna AKAL jer dia mmpu buat duit..tp kita slalu cakap hanya duit yg boley wat duit..tak smestinyakan..kalo nak tau pasal mamat ni sila ke website IK..aku bnyk nak cite pasal dia tp tetiba penyakit M dtg..hehe..tp mmg 'TABIK SPRING' kat IK sebab dia btol2 power dalam wat duit..
mamat ni tak encem..tp KAYO..haha aku mmg suka laki kayo2 nih..tp dia punya cara tersendiri untuk jadik kaya..dek kerana otak geliger dalam bidang perkomputeran n tecnology serta USAHA yg tak berblah bagi (bukan cam aku usaha skit pastu giv up..uhuhu) so dia tlah berjaya membina empayarnya..hingga sluruh dunia guma mendalah yg dia cipta iaitu..MICROSOFT..korang skurang2nyer pernah degar kan apa tu microsoft wpun mybe tak kenal sapa yg empunya ciptaan geliga tu..name beliau ialah BILL GATES..dulu dier nih yg ranking 1st kayo kat dunia..tp yg aku dgr skrg ni ader org lain yg atasi beliau..ntah sape..aku tak check lagi d lattest ranking..
ni lagi 2 orangs mamat yg tetiba femes kat negara kita..sape tak kenal 2 angkasawan kita..aku nih dah le cecita lama nak jadik ANGKASAWAN..tp cecita aku terkubur sebab kat mesia ni tak brape expose bidang cegini..sebenarnyer aku yg tak layak nak amek cos aerospace..hahah..tp sekurang2nya 2 org mamat ni tlah aku wakilkan untuk merealisasikan impian kanak2 aku tu..hehe..aku cuma anta dr SMS jer ke ANGKASA..dr faiz aku anta kendian k..herm..pape pun smagat aku membara bila mengikuti kisah2 dorang. yerla nak2 tu yg gi angkasa rakyat MALAYSIA sendiri..terharu tau...aku ni terlambat tak nak ke luar dunia??? takpe la, skurang2nyer dorang ni IDOL untuk budak2 kecik zaman skrg..kalo dulu aku kurang dedahan pasal mendalah camni, tp skrg budak2 mesia boleh pasang cita2 untuk jadik d next2 angkasawan or angkasawati..
tak smestinyer lelaki jer yg jadik idol aku..ader jer yg pompuan tp yg ni antara org2 yg aku kagum gitu..sebab pic dorang ader aku save dalam pc aku..kalo gamba korang ader aku save kat pc sure korang pun aku hentam tulih as my senarai IDOL gak..hahha..
selain dorang : TUN DR M pun idol aku sebab dia mmg bagus dalam hal2 ekonomi dunia n berpandangan jauh..
eherm - tp hnya sorang jer lelaki yg genggam hati aku.. :p
kawan BAIK
menyendiri
Wednesday, November 26, 2008
buat REnung-REnungan..
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan.. "Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "
`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada... `
eherm - bersediakah aku?
thanks to green apple..
and a big thanks to her...sebab dalam bnyk2 blog, blog ni mampu menggerak kan aku untuk jadi insan yg lebih baik..
kalau akak terbaca entri ni, tiada niat apa2 untuk sy ucapkan thanks secara terbuka camni..cuma mmg patut diberi pujian atas setiap hasil buah fikiran kak D yg brilliant itu..
eherm - wish u all d best..
Monday, November 24, 2008
TERingin
berSEMBUNYI..
IM NOT SINGLE
aku sebenarnya nak elak dari selepas bangun subuh, aku tidur balik..sebab sah2 if aku tidur balik mmg aku bangun lambat punyer..hehhe
nak bangun2 mandi..owh amat la paginyer untuk aku mandi..sejuk la..tetambah musim ujan..so aku carik initiatif lain untuk elak aku dari tido dgn menonton tv..hehe..memula tgk MHI..herm..bnyk menda berilmiah jugak yg aku dapat untuk pagi isnin nih..then dah agak2 bosan nganMHI aku bukak channel2 lain..kebetulan IM NOT SINGLE baru jer start..so aku dah lama tak tgk movie..apetah nak tgk cite cenggini kat wayang sesorang..layan kan ajer..
aku CENGENG..
buat pengetahuan..aku ni seorang yg cengeng..walau pun aku nih hanya tgk iklan pertonas (ala iklan petronas time raya kan bnyk yg sebak2 or time hari kemerdekaan)..aku boley siap rasa sebak n kekadang cengeng..ehehe..malu untuk aku mengaku, walau citer IM NOT SINGLE tu tak la best sngt tp boley la layan..aku tetap emosi tau..siap cengeng2 gitu..uhuhu..aku cengeng bukan apa la..sebab aku ni teliti skit ngan words/ skrip yg ada dalam beberapa babak yg begitu menyentuh hati..
yg aku ingat...time danny bagi surat kat maya..ada puisi yg sweet tertulis kat dalam surat tu..
'walaupun hembusan bayu itu amat menyenangkan..aku tetap pilih engkau..
walaupun masa itu berganti nyawa, aku tetap pilih engkau..'
ade lagi ayat2 puisi yg aku tak ingat..tp amat menyentuh hati wanita aku..
time farid kamil cakap kat isteri dia ' kereta itu tak berharga..tp awk lagi berharga dari kereta itu..' simple words tp menyentuh hati aku jugak..n bnyk lagi tp tak mmpu aku ingat...
kalau ada kesempatan..sila lah tgk..aku rasa selalu jer ditayangkan kat KIRANA..tp buat org2 yg tak berapa nak layan citer2 romantika di tampoi camni lebey baik jgn tgk sebab bukan kena dgn jiwa korang..tp sesekali cuba layan..herm, terasa indahnya CINTA tau..
eherm - tak kenal maka tak cinta..
Saturday, November 22, 2008
suratan atau kebetulan..
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
eherm - mmg..aku bimbang berlaku lagi kesilapan buat kesekian kalinya..
Wednesday, November 19, 2008
:) face
explore..
ni ler hasil explore bodoh2 aku...
ntah ape la aku mix n match kaler2 tulisan nih..
pinx+green+blue+kuning..harmoni sungguh..
nampak cam burok pon ader..
takpe2 len kali ade masa yg terluang aku try tukar background lagi canteeek punya..ehehe
skrg main redah jer...
eherm - mau tukar bkground yg ader pic cantek2.. :)
Tuesday, November 18, 2008
UFO
U.F.O. .
selalunya...
ntah la ape yg terjadi kat aku..org lain b4 resign sure akan backup ngan carik kerja lain..tp aku resign dulu then baru terhegeh2 nak carik kerja lain..selama 2 kali aku bekerja dalam banking industries, aku tak rasa yg jodoh kerjaya aku panjang dalam bidang itu..ntah la kenapa org pandang bekerja di bank tu ada class n dorang hepi jadik staf bank..tp tidak AKU..huhu
yeala, bukan tak best keje bank tp aku ni jenis tak suka terikat dgn masa, keje sampai malam2 ni..im not workaholic person..aku njoy nak kerja yg aku minat nak buat, bukan sebab keterpaksaan..
mybe aku ni dah dibesarkan dalam family yg suka bisnes so aku pun jenis mmg fikir bisnes jer.. ingatkan bila dah resign ni aku nak bukak bisnes sendiri..but the problem is my parents not support ngan apa yg aku nak wat..ar sedih seh bila org yg rapat ngan kita tak support ngan apa yg kita nak wat..
so, aku skrg berbelah bagi..smada aku nak ikut cakap parents aku untuk carik kerja lain which is kerja MAKAN GAJI or aku nak ikut kata hati sendiri, iaitu KERJA SENDIRI?? aku serious down, fenin..bnyk hati nak jaga..
skrg ni aku rasa hidup dah mcm cacamerba..aku dah mcm tak tau hala tuju aku..
sah2 if aku carik kerja lain...aku takut aku akan resign buat sekian kalinya...
aku punya cita2 sendiri..tp dalam masa yg sama aku perlu jaga hati2 org yg aku syg..so apa kisah aku yg sterusnya?? aku pun tak tahu..
eherm - diluah mati emak, ditelan mati bapak
Friday, November 14, 2008
balik ey poh
tp balik ipoh bukan itu je agendanya..jeng..jeng..jeng..ada agenda yg lain yg buat hati aku lg teruja n tak sabar2 nak balik ipoh..hahah
make sure rumah dalam keadaan kemas b4 travel..sebab aku bole jadi serabut bila balik tgk umah selerak..
malam ni sunyi sebab parents dah tido, penat agaknya.. adik2 bz main menatang psp...
n aku bz depan pc..hehe
banyk menda aku nak wat tp terhenti begitu saja...
ar, dah rasa cam tulis diari lak kat dalam blog..ar boring..tu sebenarnya..
eherm - hidup ku kalut
pura2 ada kebaikan..
25 tahun sudah berlalu...
eherm- aku harus kuat.
blogger yg naif..
eherm - cita2 mau menjadi blogger yg tegar..hehe
just married??
aherm-sape kawen jgn lupa jmput aku k ;>